Dimaklumkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, akan ditutup kepada lalu lintas bermula pukul 12 tengah malam hingga 10 pagi Sabtu ini bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Music Fun Run sempena sambutan Hari Sukan Negara 2017.
Menurut Timbalan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan, pengguna JSAHMS diminta merancang perjalanan mereka pada waktu penutupan jambatan itu bagi mengelak sebarang kesulitan dan kesesakan yang mungkin berlaku dalam tempoh berkenaan, laporan Bernama.
Justeru pengguna dinasihatkan mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung penutupan jambatan itu, orang ramai boleh menghubungi talian hotline JKSB di 1 300 30 2828.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.