Kobe Steel terlibat skandal palsukan laporan kualiti logam, bakal jejas jenama utama automotif dari Jepun

Kobe Steel terlibat skandal palsukan laporan kualiti logam, bakal jejas jenama utama automotif dari Jepun

Pengeluar logam dari Jepun, Kobe Steel kini terlibat dalam satu skandal mengejut – syarikat tersebut dilaporkan memalsukan data berkenaan kualiti aluminium dan tembaga yang dibekalkan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Skandal ini akan memberikan impak terhadap industri automotif kerana Kobe Steel merupakan pembekal logam kepada sejumlah pembuat kenderaan dari Jepun.

Laporan dari The Nikkei mendedahkan bahawa sijil pemeriksaan terhadap gulungan aluminium dan aluminium terekstrud dan juga produk tembaga mereka telah diubah atau dipalsukan bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Turut dilaporkan, ramai pekerja termasuk pengurus-pengurus senior terlibat dalam salah laku ini.

Kobe Steel yang membekalkan material kepada pelbagai industri termasuk penerbangan, keretapi laju dan juga pengeluar automotif, tidak mendedahkan syarikat-syarikat pelanggannya yang terjejas atas isu ini. Tetapi menurut mereka, ia mungkin akan menjejaskan sehingga 200 syarikat dan perlu disiasat dan dikesan untuk tempoh satu dekad sebelum ini.

Bagi sektor automotif, enam pengeluar utama Jepun iaitu Nissan, Toyota, Honda, Mazda, Mitsubishi dan Subaru menyatakan mereka menggunakan material yang dibekalkan oleh Kobe Steel dalam penghasilan produk mereka. Kesemua pengeluar automotif tersebut akan membuat penyiasatan terhadap produk-produk yang dihasilkan menggunakan bahan mentah yang dibekalkan oleh syarikat logam berkenaan.

Menurut laporan ini lagi, kementerian pengangkutan Jepun telah mengarahkan pengeluar automotif terlibat untuk mengenalpasti model-model yang dihasilkan menggunakan material yang dibekalkan oleh Kobe Steel yang terjejas dan menjalankan pemeriksaan keselamatan serta membuat panggilan semula jika perlu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required