Hafizh Syahrin banggakan negara – menang tempat ketiga di Motegi, dinaikkan ke tempat kedua di Misano

Hafizh Syahrin banggakan negara – menang tempat ketiga di Motegi, dinaikkan ke tempat kedua di Misano

Pusingan perlumbaan Moto GP yang ke 16 bagi musim ini di Motegi, Jepun menyaksikan litar dibasahi hujan sejak dari pusingan kelayakan lagi, hinggalah hari perlumbaan. Walaupun begitu, salah seorang pelumba negara dalam kategori Moto 2, iaitu Hafizh Syahrin telah menunjukkan prestasi baik, dengan berjaya melayakkan diri di tempat ke 6, dan seterusnya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga.

Namun, Hafizh tidak meraihnya dengan mudah. Pada awal perlumbaan, beliau dipotong sehingga berada di tempat kesembilan, tetapi seperti padan dengan nama gelaran Pescao (bermaksud ikan dalam bahasa Sepanyol) yang diberikan, Hafizh menyelinap dalam keadaan litar basah tersebut untuk akhirnya duduk di kelompok hadapan.

Perlumbaan Moto 2 di Motegi dipendekkan kepada hanya 15 pusingan kerana penundaan acara lain awalnya, jadi Hafizh harus mengambil langkah ‘menyerang’ dengan pantas. Memasuki pusingan keenam, akhirnya kelibat beliau sudah boleh dinampak di kelompok hadapan, dan selepas memotong Mattia Pasini, Hafizh akhirnya berada di tempat ketiga.

Hafizh Syahrin banggakan negara – menang tempat ketiga di Motegi, dinaikkan ke tempat kedua di Misano

Walaupun berada betul-betul di belakang Xavi Vierge, Hafizh tidak mahu mengambil risiko lagi dan mengambil langkah selamat untuk tamat di tempat ketiga. Ini sudah dianggap bagus untuk seorang pelumba Malaysia yang cukup berpengalaman dalam perlumbaan antarabangsa dan ramai peminat permotoran menyatakan rasa bangga dengan Hafizh melalui media sosial.

Ini adalah kali kedua Hafizh menaiki podium dalam musim ini, di mana pada perlumbaan di Misano, Itali, beliau berjaya menduduki tempat ketiga. Walaubagaimanapun, baru semalam diumumkan bahawa pemenang perlumbaan di Misano, iaitu Dominique Aegerter dari pasukan Kiefer Racing telah didapati melanggar peraturan. Minyak yang mereka gunakan didapati adalah di luar spesifikasi yang dibenarkan Moto 2.

Sekaligus, gelaran juara Aegerter ditarik, dan meletakkan Thomas Luthi di tempat pertama, dan Hafizh di tempat kedua. Bagi Hafizh, ini adalah antara pencapaian terbaik beliau sepanjang karier sebagai pelumba professional. Walaupun sudah memasuki penghujung musim, penyokong Hafizh berharap beliau dapat mengekalkan momentum baik ini, terutamanya untuk perlumbaan di Litar Sepang yang akan berlangsung 29 Oktober ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required