PSA Group, pengeluar bagi kereta Peugeot dan Citroen, akan membina sistem ketersambungan kenderaan yang terjamin, dengan kerjasama baharu bersama pengeluar telko terkemuka China, Huawei Technologies, seperti mana yang diumumkan oleh pengeluar kenderaan Perancis itu semalam, laporan oleh Reuters.
“Kerjasama kami dengan Huawei adalah mengenai platform pembangunan ketersambungan kenderaan,” ujar ketua jurutera PSA Gilles Le Borgne di majlis bertemakan mobiliti yang dianjurkan oleh syarikat tersebut.
Walau pun masih tidak mendedahkan perincian mengenai kerjasama PSA-Huawei, namun perkhidmatan baharu ini menawarkan beberapa ciri termasuk diagnostik kenderaan dengan kawalan jauh, perisian ‘over-the-air’ yang dipertingkatkan dan keupayaan perkongsian-kenderaan, ujar PSA. Perkhidmatam pertama ini hanya akan dimulakan pada tahun hadapan di Eropah dan China, iaitu negara asal kedua-dua syarikat terbabit.
Nampak gayanya, PSA mengambil kesempatan di atas kepakaran Huawei yang memang terkenal dengan teknologi sebegini bagi mengembangkan dan memajukan lagi produk yang bakal mereka hasilkan. Mungkinkah ia bakal menjadi ikutan syarikat lain kelak?
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.