Subaru telah memilih untuk menampilkan model SUV tujuh-tempat duduknya, Ascent 2019, di Los Angeles Auto Show, dijadualkan pada 28 November ini. Sebelum ini, Ascent pernah dipertontonkan buat pertama kalinya dalam bentuk model konsep di New York International Auto Show, iaitu pengganti bagi Tribeca.
SUV tiga-barisan tempat duduk ini akan dibina dengan menggunakan Subaru Global Platform. Model konsepnya berukuran 5,050 mm panjang, 1,989 mm lebar, 1,839 mm tinggi dengan jarak roda 2.972 mm, yang mana ia kelihatan hampir menyamai model produksinya.
Ascent dijangka bakal dijanakan oleh enjin boxer pengecas turbo dan suntikan terus, dengan padanan sistem pacuan semua roda. SUV bersaiz besar ini bakal diproduksi di Lafayette, Indiana.
Imej teaser yang dikeluarkan ini tidak banyak memberikan gambaran mengenai rekaan akhir SUV tersebut, cuma kelihatan lampu belakangnya yang dilingkari motif berbentuk-C dan bampar belakang berwarna hitam. Kelihatan juga pelindung boot lip aluminium dan logo Ascent yang agak kecil.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.