VIDEO: Sorotan kejayaan pasukan Proton R3 di perlumbaan S1K 2017 – Suprima S juara, Iriz kelima

Tahun lalu, nama Proton R3 tidak terpampang pada papan kedudukan perlumbaan Sepang 1000 KM (S1K) kerana mereka menyertainya sebagai sokongan kepada pasukan Mayhem FX-Tune Racing menerusi program perlumbaan pelanggan. Namun tahun ini, R3 kembali semula berlumba dalam kancah S1K sebagai pasukan penuh.

Walau bagaimanapun, tiada kelibat Tengku Djan Ley dalam kem pasukan R3 tahun ini di mana ‘Prince of Drift’ berkenaan berlumba untuk pasukan R Engineering bersama pasangan juaranya tahun lalu, Keifli Othman dengan memandu Honda Jazz. Tahun ini juga R3 masih mempertaruhkan dua jentera mereka iaitu Proton Suprima S bernombor 82 yang dipandu pasangan Admi Shahrul dan James Veerapan serta Proton Iriz bernombor 81 dipandu gandingan Syafiq Ali dan Farique Hairuman.

Kedua-dua jentera ini memulakan perlumbaan pada petak pertama (Suprima) dan kedua (Iriz) setelah beraksi cemerlang pada sesi kelayakan. Namun sedikit insiden berlaku terhadap Suprima yang menyebabkan sedikit kerosakan pada splitter udara bampar hadapan. Ini menyebabkan hentian pit yang lebih lama dilakukan semasa pertukaran pemandu untuk memperbaiki kerosakan tersebut, menyebabkan kedudukannya dipintas kereta lain.

VIDEO: Sorotan kejayaan pasukan Proton R3 di perlumbaan S1K 2017 – Suprima S juara, Iriz kelima

Ketika perlumbaan masuk ke lap-54, Proton R3 mendahului S1K dengan Iriz di tempat pertama, diekori rapat oleh abangnya, Suprima S. Walaupun dengan badan yang kecil, Iriz menampilkan semangat juang yang sangat besar dengan aksi agresif yang ditunjukkan oleh Syafiq Ali dan Farique Hairuman.

Tetapi nasib malang menimpa hatchback segmen-B nasional berkenaan kerana mengalami masalah pada penukar gear, yang menyebabkan ia terpaksa diperbaiki oleh pasukan dan terkandas selama 20-minit di dalam pit. Jentera ini kemudiannya berjaya kembali meneruskan perlumbaan tetapi takhtanya kini dirampas semula oleh Suprima S.

Setelah sembilan jam bertarung, Suprima S R3 akhirnya dinobatkan sebagai juara pada lap ke-181, meninggalkan Honda Jazz R Engineering bernombor 12 di tempat kedua dengan jarak 42.567 saat, manakala Iriz pula 9-lap di belakang dan berjaya merangkul tempat kelima.

VIDEO: Sorotan kejayaan pasukan Proton R3 di perlumbaan S1K 2017 – Suprima S juara, Iriz kelima

Kelibat CEO baharu Proton Dr. LiChunrong turut dilihat meraikan kejayaan Proton R3 pada perlumbaan kali ini, memberi gambaran bahawa bos baharu berkenaan bersetuju dengan warisan sejarah Proton yang disulami bersama kejayaan dalam sukan bermotor.

“Proton R3 menunjukkan kerjasama berpasukan yang sangat baik walaupun di dalam S1K tahun lalu. Proton memiliki pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta R3 serta sukan permotoran, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai pada malam ini.

Pencapaian terbaru ini juga merupakan perkara yang manis bagi kemunculan semula kami di sukan permotoran selepas ini. Ia tentunya titik tolak yang baik bagi Proton,” ujar Dr Li.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Kamil on Dec 19, 2017 at 5:33 pm

    They promote a lot about their Race derived technology from their success from R3 Racing but their R3 Race doesn’t prove tech transfer. Infact they didn’t prove that their road based drivetrain were up to the task. Why not race their CFE + CVT drivetrain instead of heavily modify NA S4PH engine and custom gearbox.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required