Jentera rali Subaru Legacy RS Group A yang pernah dipandu Ari Vatanen dan Richard Burns bakal dilelong

Jentera rali Subaru Legacy RS Group A yang pernah dipandu Ari Vatanen dan Richard Burns bakal dilelong

Anda mungkin tahu akan jentera-jentera rali Subaru yang rata-ratanya dari barisan model Impreza WRX dan pernah menggegar kejohanan rali dunia (WRC) satu ketika dulu. Namun, tahukah anda program pembangunan kereta rali oleh jenama dari Jepun ini untuk peringkat global sebenarnya telah bermula pada penghujung era 80’an dengan menggunakan Subaru Legacy RS?

Pada acara lelongan Silverstone Auctions Race Retro Competition Car Sale yang akan berlangsung di Stoneleigh Park, Warwickshire, U.K. pada 23 Februari ini, anda boleh memiliki salah sebuah Legacy RS yang mempunyai nilai sejarah tinggi berkenaan.

Menurut rekod, Subaru Legacy WRC Group A 1993 dengan nombor pendaftaran “K 555 BAT” (berbanding L 555 BAT pada Impreza yang dipandu juara WRC 1995 Colin McRae) dan livery perlumbaan Sonic Blue-kuning 555 yang bakal dilelong ini pernah menjuarai Acropolis Rally pada 1993, dipandu oleh lagenda Finland Ari Vatanen.

Jentera rali Subaru Legacy RS Group A yang pernah dipandu Ari Vatanen dan Richard Burns bakal dilelong

Jentera tersebut kemudiannya juga pernah dipandu oleh juara WRC 2001 dari UK, Richard Burns pada Bettega Memorial Rallysprint 1995 di Italy, menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pada tahun 2008, kereta ini telah dibeli oleh pihak Richard Burns Collection, dan kemudian dihantar ke pakar ubahsuai kereta rali Subaru iaitu Autosportif Engineering untuk direstorasi kembali kepada keadaan asalnya. Walaupun projek restorasi ini dijalankan Autosportif, ia telah dipantau oleh Ian Richardson iaitu bekas jurutera Prodrive – pihak yang bertanggung jawab membina kereta berkenaan.

Dengan bantuan Richardson, kereta ini telah dipulihkan pada keadaan asli dengan spesifikasi asal Prodrive kerana beliau sememangnya sangat mengenali kereta berkenaan dan mempunyai lukisan teknikal asalnya.

Menerusi proses restorasi ini, bukan semua komponen ditukar baharu, sebaliknya berberapa komponen penting asal telah dikekalkan, antaranya enjin dan kotak gear asal serta talaan suspensi, bersama plat identiti casis asal Legacy Group A tersebut.

Seperti yang dinyatakan tadi, Legacy RS WRC telah dibangunkan pada akhir era 80’an dan mula membuat penampilan pertamanya dalam WRC bermula pada musim 1990. Livery biru-kuning ini hanya diberikan pada musim 1993 setelah pasukan rali dunia Subaru (SWRT) menerima tajaan dari syarikat pengeluar rokok berjenama 555.

Livery berkenaan kemudiannya terus digunakan pada jentera berikutnya – Impreza WRX Group A – dan ia kekal ikonik sehingga Subaru berjaya melahirkan pemandu dengan takhta juara dunia (Colin McRae 1995, Richard Burns 2001 dan Petter Solberg 2003) serta dinobatkan sebagai juara kategori pengeluar pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Menurut pakar kereta klasik di Silverstone Auctions, Joe Watts, Subaru Legacy RS Group A ini dijangka akan dijual pada harga antara £120,000 hingga £140,000, atau RM655k hingga RM764k mengikut tukaran wang asing buat masa sekarang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required