Porsche Cayenne 2018 dipertontonkan di Malaysia

Porsche Cayenne 2018 dipertontonkan di Malaysia

Setelah dipamerkan buat pertama kalinya di peringkat global di Frankfurt Motor Show 2017, hari ini generasi ketiga Porsche Cayenne dipertontonkan pula di Malaysia. Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah membawakan dua varian bagi model prestasi ini iaitu Cayenne dan Cayenne S, menandakan ia bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Walau bagaimana pun, kemungkinan besar, satu lagi varian untuk barisan Cayenne 2018 iaitu model spesifikasi tertinggi, Cayenne Turbo, tidak dibawa masuk ke sini.

Bagi varian paling asas iaitu Cayenne, ia hadir dengan enjin 3.0 liter turbo-tunggal V6 bersama hamburan kuasa sehingga 340 hp antara 5,300 hingga 6,400 rpm iaitu lebih 40 hp berbanding model terdahulu, dan tork 450 Nm antara 1,340 hingga 5,300 rpm. Dengan pacuan 0-100 km/j hanya 5.9 saat dan mampu dipacu dengan kelajuan maksimum sehingga 245 km/j (+15 km/j berbanding model terdahulu). Penggunaan bahan api kombinasi dianggarkan antara 9.2-9.0 liter per 100 km, dan emisi CO2 pula pada 209-205 g/km. Model ini seberat 1,985 kg.

Manakala Cayenne S yang dijanakan oleh enjin 2.9 liter V6 biturbo, hadir dengan hamburan kuasa sehingga 440 hp (+20 hp) antara 5,700-6,600 rpm dan tork 550 Nm antara 1,800-5,500 rpm. Dengan pacuan 0-100 km/j hanya 4.9 saat dan mampu mencapai kelajuan sehingga 265 km/j (+6). Bagi penggunaan bahan api kombinasi dianggarkan antara 9.4-9.2 liter per 100 km, manakala emisi CO2 pula pada 213-209 g/km. Cayenne S memiliki berat 2,020 kg.

Porsche Cayenne 2018 dipertontonkan di Malaysia

Kedua-dua varian turut dipadankan dengan kotak gear Tiptronic S lapan-kelajuan baharu, sistem casis baharu, suspensi udara adaptif tiga-kebuk, penstabilan olengan Kawalan Casis Dinamik Porsche (PDCC), Porsche Surface Coated Brake (PSCB) dan Pemvektoran Tork Porsche (PTV) bersama dengan roda stereng belakang sebagai pilihan. Bukan itu sahaja, Cayenne 2018 ini dibina atas platform MLB Evo (juga digunakan untuk Audi Q7 dan Bentley Bentayga), malah kerangkanya juga 68 kg lebih ringan berbanding model terdahulu.

Bagi rekaan luarannya, tidak banyak perubahan yang ditampilkan. Walau bagaimana pun bahagian hadapannya nampak lebih menyerlah, apatah lagi turut dipadankan dengan lampu utama LED dengan rekaan tiga dimensi yang disertakan dengan empat-poin lampu nyalaan siang LED.

Garisan bumbung Cayenne 2018 juga nampak lebih sporty dengan garisan karakter yang lebih dinamik yang telah direka semula bagi tingkap sisi untuk menyerlahkan lagi sifatnya sebagai kereta sport.

Porsche Cayenne 2018 dipertontonkan di Malaysia

Melewati bahagian belakangnya pula, lampunya kini ditampilkan dengan jaluran LED tiga dimensi dan lampu brek empat-poin yang kini menjadi sebahagian daripada identiti jenama Porsche, seperti mana yang ditampilkan pada Panamera 2017.

Menjengah bahagian kabinnya pula, pendekatan yang sama iaitu mengetengahkan identiti jenama dan produk dengan menampilkan generasi terkini bagi Porsche Communication Management (PCM). Ia telah ditampilkan dengan paparan sentral yang lebih besar serta konsol tengah yang lebih landai.

Elemen di dalamnya termasuklah skrin sesentuh HD-penuh 12.3-inci bagi akses infotainmen, Porsche Connect Plus yang membawakan servis dalam talian dengan navigasi dalam talian serta informasi trafik. Bukan itu sahaja, seperti mana dalam Panamera, ia turut menampilkan takometer analog sentral yang disambungkan ke dua paparan HD-penuh tujuh-inci, dengan paparan data dari roda stereng pelbagai-fungsi.

Untuk aspek keselamatan, ia didatangkan dengan sistem keselamatan aktif termasuk kamera pengimejan haba, Bantuan Kekal Lorong termasuk pengesan isyarat trafik, bantuan kesesakan trafik, ParkAssist dengan Pandangan Sekeliling dan Porsche InnoDrive termasuk kawalan kelajuan adaptif.

Buat masa ini, SDAP belum mendedahkan mengenai harganya namun tempahannya kini telah dibuka, dengan penghantarannya dijangka bermula suku ketiga atau suku ke-empat tahun ini. Jika berminat, anda boleh mendaftar minat di mana-mana antara tiga Porsche Centre di Malaysia iaitu di Glenmarie, Sungai Besi dan Pulau Pinang.

GALERI: Porsche Cayenne 2018

GALERI: Porsche Cayenne S 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required