Denza 500 – kereta elektrik dari China kerjasama Daimler dan BYD, jarak perjalanan 500 km sekali cas

Denza 500 – kereta elektrik dari China kerjasama Daimler dan BYD, jarak perjalanan 500 km sekali cas

Pemilik jenama Mercedes-Benz, Daimler dan jenama automotif dari China, BYD sememangnya sudah diketahui mempunyai kerjasama dalam menghasilkan kereta elektrik untuk pasaran Republik Rakyat tersebut dengan model Denza 400 sebelum ini. Terkini, pakatan berkenaan memperkenalkan pula versi terbaharu kereta elektrik tersebut, digelar Denza 500.

Model baharu berkenaan menampilkan lampu hadapan LED “mata harimau” yang lebih menarik, serta diberikan lampu belakang juga dengan teknologi LED, serta set rim baharu pada keempat-empat ruang roda. Bukan sahaja dari segi penampilan, pelbagai teknologi baharu juga ditampilkan pada model ini.

Kabin kereta elektrik berkenaan kini diberikan sistem infotaimen dengan skrin sesentuh lebih besar bersaiz sembilan-inci, yang ditempatkan pada perumah berbentuk heksagon. Sistem tersebut memberikan sokongan hubungan yang lebih baik seperti fungsi pairing bersama telefon pintar serta beroperasi dengan aplikasi telefon pintar Denza. Menerusi aplikasi itu, ia terus akan dihubungkan dengan akaun WeChat pemilik dan juga sistem navigasi bagi mencari stesen pengecas terdekat – yang disediakan sebanyak 112,000 stesen di seluruh China.

Denza 500 – kereta elektrik dari China kerjasama Daimler dan BYD, jarak perjalanan 500 km sekali cas

Denza 500 dipadankan dengan roda stereng dua jejari yang kelihatan seperti diambil dari Mercedes S-Class pre-facelift, dilengkapi dengan kawalan suara serta butang sistem cruise control. Paparan instrumen pula dihasilkan dalam bentuk digital berwarna sepenuhnya, memberikan bacaan seperti tahap cas bateri, jarak EV, navigasi GPS serta informasi multimedia. Butang start/stop suis mod Sport dan tombol gear elektronik pula diletakkan pada konsol terowong tengah.

Model baharu ini boleh bergerak sejauh 500 km dengan sekali cas penuh, berbanding model sebelum ini yang hanya boleh pergi sejauh 400 km. Ini dapat direalisasikan dengan pemadanan pek bateri berkuasa 70 kWh, berbanding 62 kWh pada Denza 400. Ia juga direka lebih ringan dari sebelum ini dan ditawarkan dengan dua jenis motor elektrik – 86 kWh atau 135 kWh.

Denza 500 – kereta elektrik dari China kerjasama Daimler dan BYD, jarak perjalanan 500 km sekali cas

Menurut BYD Daimler New Technology (BDNT), kereta ini telah diuji pada pelbagai situasi buruk, termasuk ujian musim sejuk dengan suhu serendah -40 darjah selsius.

Menurut laporan Electreck, Denza 500 bakal dijual pada harga asas 298,800 Yuan (RM185k) selepas insentif. Pelancaran model tersebut juga menandakan Daimler kini sedang memacu usaha kearah teknologi elektrik sepenuhnya mereka di China, selari dengan mandat ZEV tempatan yang telah diumumkan akan bermula tahun hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required