Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad ketika ditanyakan sama ada harga minyak akan berubah hari ini – kemaskini mingguan seperti biasa – di satu sidang media hari ini menyatakan bahawa harga minyak akan kekal setakat ini.
“Tak ada kenaikan atau penurunan. Kalau harga minyak dunia naik, kerajaan akan tanggung subsidi,” jelas beliau, tanpa mengulas sama ada kaedah penetapan harga mingguan yang dilaksanakan ketika ini akan dibatalkan.
Ini bermakna, semua bahan api masih lagi akan dijual pada harga sama untuk satu minggu ke hadapan, iaitu RM2.20 seliter untuk RON 95, RM2.47 seliter untuk RON 97 dan RM2.18 seliter untuk diesel Euro 2M. Seperti biasa, diesel Euro 5 dijual 10 sen lebih tinggi berbanding Euro 2M iaitu pada RM2.28 seliter.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Tiada perubahan harga bahan bakar.. Subsidi telah diberikan.. Kenaikan akan diberitahu ketika pembentangan bajet 2019 nanti.. Kenaikan sekali setiap tahun seperti 20 tahun lalu.. Tidak membebankan pengusaha stesen minyak.. Malaysia Ku maju