Royal Enfield Himalayan dilancar di M’sia – RM36,880

Royal Enfield Himalayan dilancar di M’sia – RM36,880

RE Motorcycles Sdn Bhd, pengedar eksklusif baru motosikal jenama Royal Enfield di Malaysia telah melancarkan secara rasmi model Himalayan pada harga RM36,880 tidak termasuk insurans dan tanpa GST. Motosikal berciri jelajah ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Granite dan Snow.

Himalayan diperkenalkan secara global pada tahun 2015, dan ia dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api satu silinder L410 411 cc SOHC, bersama sistem sejukan udara/cecair. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 24.5 hp pada 6,500 rpm dan 32 Nm tork pada 4,500 rpm. Transmisi pula menggunakan kotak gear lima kelajuan.

Kelebihan yang ditawarkan oleh motosikal ini adalah kepelbagaian penggunaan, di mana selain atas jalan biasa, ia juga boleh meredah jalan offroad. Ini adalah hasil penggunaan suspensi dengan jarak gerak panjang (200 mm di hadapan dengan fork 41 mm dan 180 mm di belakang dengan monoshock tunggal) serta rim jejari (21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang).

Secara keseluruhannya Himalayan mencatat berat 191 kg dan menyediakan tangki bahan api berkapasiti 15 liter. Kelengkapan lain yang ada padanya secara standard adalah lampu belakang LED, paparan meter gabungan analog dan skrin LCD, kompas digital, penghadang angin depan, brek cakera 300 mm dan angkup dua piston di hadapan serta brek cakera 240 mm dan angkup satu piston di belakang.

Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori untuk Himalayan ini seperti beg barangan tepi, sama ada jenis yang keras atau lembut, lampu spotlight dan botol minyak tambahan yang boleh disangkut terus pada kerangkanya. Himalayan didatangkan bersama jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required