Operasi kunci tayar kenderaan di sekitar bandaraya digantung sementara mulai hari ini – Datuk Bandar KL

Operasi kunci tayar kenderaan di sekitar bandaraya digantung sementara mulai hari ini – Datuk Bandar KL

Datuk Bandar Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz telah bersetuju untuk menggantung operasi mengunci tayar kenderaan di sekitar ibu kota dengan serta-merta sementara menunggu pertemuan dengan Ahli Parlimen (MP) Kuala Lumpur pada Rabu depan (30 Mei).

Mohd Amin berkata, ini adalah berdasarkan permintaan MP sendiri susulan mesyuarat yang diadakan dengan pengendali parkir beberapa hari lalu, laporan The Star.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerahkan kontrak parkir kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang kemudiannya telah melantik kontraktor parkir Vista Summerose untuk mengendalikan tugas tersebut.

YWP adalah agensi kebajikan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Operasi kunci tayar kenderaan di sekitar bandaraya digantung sementara mulai hari ini – Datuk Bandar KL

“Jadi bermula Isnin (hari ini), kita tidak akan mengunci tayar mana-mana kenderaan tetapi saya menjangkakan akan adanya beberapa masalah kerana orang awam akan memarkir di mana-mana sahaja termasuk menghalang laluan kerana tiada ada penguatkuasaan,” ujar Mohd Amin.

Tambahnya lagi, jika MP sendiri tidak mahu operator sedia ada, barulah DBKL akan menilai semula kontrak berkaitan dengan pampasan.

“Bukan mudah untuk menamatkan kontrak itu begitu sahaja,” tambahnya lagi.

DBKL telah digesa untuk menggantung kontrak parkir yang diberikan kepada YWP dengan alasan pihak berkuasa tempatan tidak memanggil tender terbuka.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pula berkata, jika kontrak tersebut diberikan tanpa alasan yang kukuh, mana ia wajar untuk dinilai semula. Malah beliau juga mencadangkan agar DBKL untuk menangguhkan bayaran parkir buat sementara waktu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required