McLaren 675LT dengan livery perlumbaan Gulf F1 GTR – binaan khas untuk Tunku Temenggong Johor

McLaren 675LT dengan <em>livery</em> perlumbaan Gulf F1 GTR – binaan khas untuk Tunku Temenggong Johor

Divisi binaan khas custom rasmi McLaren yang dikenali sebagai McLaren Special Operation (MSO) telah mendedahkan salah satu rekaan terkini mereka berasaskan model 675LT, yang dihasilkan istimewa untuk Tunku Temenggong Johor (TTJ), Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Apa yang membezakan 675LT milik TTJ ini dengan 675LT yang biasa ialah ia diberikan livery perlumbaan Gulf seperti jentera perlumbaan sebenar McLaren F1 GTR ‘Longtail’, yang bertanding dalam kejuaraan FIA GT1 1997. Kereta lumba lagenda tersebut telah pun memenangi lima perlumbaan dari 11 pusingan untuk musim 1997, dan mendapat tempat kedua dan ketiga untuk perlumbaan Le Mans 24 Jam pada tahun yang sama.

Menurut MSO, mereka menggunakan masa selama 1,000 jam bagi menghasilkan 675LT binaan kahs untuk TTJ ini. 800 jam daripadanya hanya untuk mengecat dan proses airbrush untuk livery unik berwarna biru muda, hitam dan merah ini. Untuk pengetahuan anda, warna ini bukan semberono dipadankan pada kereta tersebut, tetapi memerlukan perjanjian rasmi dengan Gulf Oil International bagi digunakan secara sah.

McLaren 675LT dengan <em>livery</em> perlumbaan Gulf F1 GTR – binaan khas untuk Tunku Temenggong Johor

Tema berkenaan turut memerlukan rim aloi 20-inci 675LT ini menerima kemasan akhir Dayglo Orange, manakala sayap hadapan, skup udara dan brek udara gentian karbon yang kesemuanya diambil dari peralatan opsyen MSO turut diberikan padanya.

Serlahan oren yang sama turut diberikan pada panel-panel tertentu pada kabin, misalnya pada liang penghawa dingin dan juga perincian-perincian kecil lain pada papan pemuka dan tali pinggang keledar. Tempat duduk versi istimewa ini pula dibalut dengan Alcantara berwarna Carbon Black, manakala panel Active Dynamic pula diberika warna Gulf Blue. MSO turut menempatkan logo-logo TTJ pada kokpit kereta ini iaitu pada bahagian panel bendul serta disulam pada tempat duduk.

Namun untuk sistem mekanikal, tiada perubahan yang diberikan. Kereta ini masih dijana enjin V8 3.8 liter dengan dua pengecas turbo, menghasilkan 675 PS dan tork maksima 700 Nm. Kuasa dialirkan pada roda belakang menerusi kotak gear kalc berkembar tujuh-kelajuan, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 330 km/j.

Kereta ini sebenarnya telah pun di bawa pulang ke Malaysia, dan untuk rakyat Johor, anda mungkin pernah terserempak dengannya disekitar bandaraya Johor Bahru.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required