Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa kepenatan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan sikap yang tidak baik merupakan tiga punca utama kemalangan di Malaysia, lapor The Star.
“Kami akan tumpu untuk membasmi kesalahan trafik, terutamanya memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan melanggar lampu isyarat merah,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 13/2018 semalam sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa jumlah kemalangan umumnya akan meningkat kerana jumlah kenderaan yang semakin banyak setiap tahun. Bagi menangani masalah ini, sejumlah 80% cuti anggota akan dibekukan sepanjang Hari Raya. “Ini bermaksud 93,600 kakitangan, termasuk 6,400 polis trafik PLUS, akan bertugas,” katanya.
Pasukan polis juga diberikan sebanyak 29 buah kereta bagi menjalankan operasi sepanjang Raya tahun ini, yang terdiri dari Mitsubishi Outlander, Mitsubishi ASX dan Proton Preve. Ops Selamat 13/2018 akan bermula hari ini dan berakhir 22 Jun 2018 nanti.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.