Chevrolet Orlando muncul sebagai crossover di China

Chevrolet Orlando muncul sebagai crossover di China

Chevrolet Orlando, yang telah wujud sejak 2011, kini dilahirkan semula sebagai crossover di China. Asalnya, ia adalah MPV yang dijual di seluruh dunia, termasuk Malaysia, namun pasarannya dihentikan sejak beberapa tahun lalu. Konsep MPV yang ditukar ke crossover turut pernah dilakukan oleh Renault untuk model Espace.

Daripada segi rekaan, ia tidak banyak berubah dan masih boleh dicam sebagai Chevrolet. Walau bagaimana pun, penampilannya sedikit diperbaharui dengan gril yang lebih nipis disambung pada lampu utama, dengan corong udara yang akan besar dan juga corong menegak di sisi bawah bahagian bampar. Seperti model Blazer, kawasan tingkap sisinya kelihatan mempunyai “jambatan” yang kecil yang disambungkan ke cermin belakang.

Bahagian belakangnya juga tiada banyak perubahan, melainkan kluster lampu yang umpama bercengkerang di bahagian bawah seperti mana lampu utama. Malah ia turut didatangkan dengan signatur LED. Varian tertinggi mungkin akan ditawarkan dengan warna hitam menggantikan kemasan krom pada bahagian luarannya. Malah ia turut didatangkan dengan bumbung kaca panoramik.

Laman web China, Autohome, menyatakan dimensi bagi Orlando baharu ini ialah 4,684 mm panjang, 1,807 mm lebar dan 1,628 mm tinggi, iaitu 32 mm lebih panjang, 29 mm lebih sempit dan 5 mm lebih rendah berbanding versi MPV. Jarak rodanya juga ditambah sebanyak 36 mm menjadi 2,796 mm. Dilaporkan ia bakal ditawarkan dengan versi lima- dan tujuh-tempat duduk.

Lencana “530T” diletakkan di belakang, memberikan spekulasi Orlando ini mungkin dijanakan oleh enjin 1.3 liter turbo dengan kuasa 156 hp, sama ada automatik atau manual enam-kelajuan. Chevrolet Orlando baharu buatan China ini direncana akan diperkenalkan secara rasminya tahun ini untuk pasaran auto terbesar dunia.

GALERI: Chevrolet Orlando generasi pertama

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required