PDRM cadang terus beri diskaun saman trafik sehingga 50% dalam program polis berprofil tinggi

PDRM cadang terus beri diskaun saman trafik sehingga 50% dalam program polis berprofil tinggi

Memandangkan penawaran diskaun sehingga 50% bagi saman trafik yang dilaksanakan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk meneruskannya setiap kali Program Kepolisan Moden Berprofil Tinggi diadakan sekitar ibu negara.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pemberian diskaun saman tersebut adalah untuk menarik orang ramai menghadiri program berkenaan serta langkah untuk masyarakat mendekati polis dalam melaporkan sebarang kes jenayah, Bernama

Sempena dengan penawaran diskaun saman tersebut pada 7 hingga 9 November lalu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) berjaya mengutip lebih RM3 juta bayaran. Walau bagaimana pun, diskaun berkenaan tidak dikira untuk jenis Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

 

Add a comment

required

required