Pengeluar komponen automotif tempatan, PHN Sdn Bhd terima anugerah industri daripada Geely

Pengeluar komponen automotif tempatan, PHN Sdn Bhd terima anugerah industri daripada Geely

PHN Industry Sdn Bhd (PHN), sebuah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad yang terlibat di dalam pembuatan dan pengeluaran komponen automotif baru-baru ini diumumkan selaku penerima Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Teknologi pada Majlis Persidangan Pembekal Tahunan Geely Auto 2019 yang berlangsung di Hangzhou.

Anugerah berkenaan diberikan oleh Geely berikutan usaha keras dan kecemerlangan yang ditunjukkan syarikat itu dalam menyokong pendekatan perindustrian pembekal-pembekal Geely berdasarkan initiatif kualiti, kos, dan penyerahan (QCD).

PHN merupakan sebuah syarikat peneraju dalam pembuatan komponen automotif dengan barisan pelanggan seperti sedia ada seperti Honda, Proton, Perodua, Volkswagen dan Toyota. Syarikat ini juga terlibat dalam segmen bukan automotif dengan barisan pelanggan antarabangsa lain misalnya Hitachi, Camfil, Ficosa, Steelcase dan Global Invacom.

Pengeluar komponen automotif tempatan, PHN Sdn Bhd terima anugerah industri daripada Geely

“Kami amat berbangga menerima anugerah ini daripada sebuah syarikat pengeluar automotif bertaraf antarabangsa seperti Geely. Ini sekaligus merupakan bukti terbaru kebolehan PHN serta industri di Malaysia dalam menghasilkan komponen automotif dengan kualiti dan piawaian antarabangsa.

“PHN sentiasa komited dalam menghasilkan produk-produk berkualiti serta tahap inovasi tinggi yang telah berjaya kami capai secara konsisten setakat ini, menerusi pendekatan sistem integrasi kualiti secara menyeluruh di dalam semua projek-projek yang dijalankan”, jelas Ketua Pegawai Eksekutif PHN, Shuhaida Nun.

PHN beroperasi menerusi kilang-kilang pengeluarannya yang terletak di Shah Alam, Bukit Beruntung, Melaka, Subang Jaya, Pekan dan Tanjung Malim. Syarikat ini mempunyai seramai 2,400 tenaga kerja berkemahiran tinggi, dan kini dalam proses mengembangkan sayapnya ke dalam industri aeroangkasa, elektrikal dan landasan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required