Hyundai Elantra AD facelift kini di M’sia – dari RM110k

Hyundai Elantra AD facelift kini di M’sia – dari RM110k

Setelah dikesan ketika diuji di jalan raya di Malaysia pada hujung bulan lalu, akhirnya Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model generasi ke-enam Hyundai Elantra AD facelift untuk pasaran tempatan. Didatangkan dengan hanya satu varian sahaja – 2.0L Executive – sedan segmen-C ini diberikan olahan rekaan yang lebih segar, tapi masih mengekalkan penjana kuasa yang sama.

Elantra AD facelift ini juga 70 mm lebih panjang berbanding model terdahulu, kini menjadi 4,620 mm. Walau bagaimana pun, jarak rodanya masih sama iaitu 2,700 mm. Begitu juga dengan dimensi ketinggian (1,450 mm) dan kelebarannya (1,800 mm).

Membabitkan peningkatan yang paling ketara, sudah pasti melibatkan bahagian luarannya. Ia menampilkan ciri baharu termasuklah gril radiator yang nampak lebih sporty, perumah lampu berbentuk segi tiga tajam dengan halogen projektor, grafik lampu belakang yang disemak semula dan lampu kabus standard.

Lain-lain peningkatan termasuklah bampar belakang dengan dua-tona, dan plat nombor yang diposisikan ke bahagian bawah bampar. Ia turut menampilkan roda aloi dua-tona 17-inci yang dibaluti tayar bersaiz 225/45 R17 dan pemegang pintu krom dengan Welcome Light.

Menjengah bahagian kabinnya pula, juga terdapat sedikit pembaharuan yang lebih segar. Dengan menampilkan rekaan meter kluster chequared 3.5-inci TFT Mono LCD yang sporty, roda stereng balutan kulit pelbagai-fungsi dengan butang kawalan yang juga direka baharu, tempat duduk kulit hitam dan papan pemuka material sentuhan lembut.

Selain itu, ia turut menampilkan kunci pintar dengan butang Start/Stop, pendingin hawa manual, skrin sesentuh LCD 7-inci dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay serta ketersambungan AUX, USB, Bluetooth dengan Pengesan Suara dan kamera pandangan-belakang standard dengan Panduan Parkir Dinamik.

Hyundai Elantra AD facelift kini di M’sia – dari RM110k

Seperti yang dinyatakan, Elantra AD facelift ini masih menggunakan penjana kuasa yang sama iaitu 2.0 liter NU D-CVVT empat-silinder dengan output 152 PS pada 6,200 rpm dan tork 192 Nm pada 4,000 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Walau bagaimana pun, model facelift ini didatangkan dengan sistem pintar Smart Drive Mode yang mampu mengenalpasti gaya pemanduan dan secara automatik akan memilih mod pemanduan seperti Eco, Normal, Sport atau Smart mengikut kesesuaian.

Untuk aspek keselamatannya, tiada perubahan dan masih dikekalkan dengan enam beg udara, ABS dengan EBD, Bantuan Mula Mendaki (HAC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Cengkaman (TC), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Kawalan Brek Menuruni Bukit (DBC) dan Sistem Bantuan Brek (BAS).

Hyundai Elantra AD facelift kini di M’sia – dari RM110k

Elantra AD facelift ini ditawarkan pada harga atas jalan RM109,888 (tanpa insurans, untuk Semenanjung Malaysia), yang didatangkan dengan waranti lima-tahun atau 300,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu), termasuk dengan bantuan tepi jalan 24-jam.

Ia turut didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Phantom Black, Fiery Red, Teal Blue, Fluid Metal dan Polar White, Elantra AD facelift ini turut diberikan dua warna edisi terhad iaitu Stargazing Blue dan Sparkling Metal yang hanya ditawarkan untuk masa terhad sempena pelancaran ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required