Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Anda dah selesai buat semua persiapan? Bagaimana pula dengan kenderaan, sudah hantar untuk servis? Atau mungkin anda sedang berkira-kira untuk beli kereta baru? Apa pun perancangan anda, harap jangan tunggu hingga saat akhir baru nak buat, berserabut jadinya nanti.

Untuk Iz dan Baby di dalam video Havoc Raya bersama Ford Ranger Wildtrak 2019 ini, mujur mereka ada seorang kawan – Hafriz Shah – yang ada sebuah trak pikap dan bermurah hati untuk tolong selesaikan masalah mereka. Dekat nak Raya, mak telefon. Katanya peti sejuk dah rosak, habis semua barang kena beli semula. Sebagai anak yang baik, kenalah kita tolong orang tua sendiri, ye tak?

Tonton dan nikmatilah video santai ini untuk tahu kesudahan kisah Hafriz dan rakan-rakannya, dibawakan oleh Sime Darby AutoConnexion. Dan, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, jangan lupa tanggungjawab kita terhadap keluarga. Semoga beroleh keberkatan.

GALERI: Ford Ranger 2.0L Wildtrak Automatik 4X4