Harga minyak bagi 25-31 Mei – RON97 naik lapan sen

Harga minyak bagi 25-31 Mei – RON97 naik lapan sen

Harga runcit petrol RON 97 akan berubah lagi bermula tengah malam ini untuk tempoh seminggu kehadapan. Setelah turun dua sen minggu lepas, ia akan naik pula minggu ini. Bermula 25 Mei, RON 97 akan dijual pada harga RM2.76 seliter (naik lapan sen berbanding RM2.68 minggu lalu).

Seperti biasa, RON 95 bagaimanapun kekal pada harga subsidi yang sama, iaitu RM2.08 seliter. Ini harga paling tinggi yang akan dibayar oleh pengguna tidak kira berapa perubahan yang berlaku dalam pasaran dunia.

Bagi diesel juga sama, harganya kekal seperti sebelum ini, dengan dijual seliter pada harga RM2.18 bagi diesel Euro 2M. Sementara diesel Euro 5 pula mahal 10 sen berbanding harga berkenaan, dijual RM2.28 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 25 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM126.52 Juta.

Harga yang diumumkan ini akan kekal bagi tempoh 25-31 Mei 2019, sebelum harga baru mingguan diumumkan seperti biasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required