Skru camber – perlu ditukar ketika penjajaran roda?

Skru camber – perlu ditukar ketika penjajaran roda?

Saya pasti, setiap kali anda ke kedai tayar untuk membuat penjajaran roda (wheel alignment), anda kerap kali disarankan untuk menukar ‘skru camber’ bagi membolehkan sudut camber roda kereta anda dilaras untuk ditegakkan kembali bukan? Harga untuk membuat penjajaran roda yang sepatutnya hanya sekitar RM20 hingga RM50, kadang-kala boleh mencecah ratusan ringgit dek kerana skru camber berkenaan. Persoalannya, perlu ke tidak kita tukar skru camber yang boleh laras ini?

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari sini saya terangkan dengan ringkas apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh sudut camber dan juga sudut toe yang sering dilaras ketika membuat penjajaran roda. Sudut toe merujuk kepada sudut jajaran tayar – kedua-dua tayar perlu tegak kehadapan jika dilihat dari bahagian atas kereta (mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar).

Gambar rajah di bawah adalah gambaran mudah apa sebenarnya sudut toe ini. Sekiranya sudut jajaran roda anda ‘lari’ dari spesifikasi asal sama ada dalam keadaan toe-masuk (toe-in) atau toe-keluar (toe-out), ia akan menyebabkan roda stereng anda senget sebelah ketika bergerak lurus, dan kereta akan melencong sama ada ke kiri atau ke kanan sekiranya roda stereng dilepaskan.

Skru camber – perlu ditukar ketika penjajaran roda?

Sudut toe yang tidak betul ini akan menyebabkan rintangan untuk kereta anda bergerak dan mungkin akan menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi dari biasa. Namun apa yang paling membimbangkan, penjajaran sudut toe yang tidak betul ini akan menyebabkan tayar anda ‘makan sebelah’ dengan sangat cepat!

Manakala sudut camber pula adalah sudut condong tayar bila dilihat dari hadapan – negatif apabila condong ke dalam (kengkang) dan positif jika condong keluar seperti gambar rajah di bawah.

Benarkah tayar juga akan ‘makan sebelah’ jika sudut camber ini tidak tegak/tidak tepat 0 darjah? Seperti juga sudut toe, camber mempunyai sudut toleransi yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Tidak mengapa jika ia condong sedikit, asalkan ia masih dalam toleransi yang dibenarkan.

Sudut camber neutral (kiri), sudut camber negatif (atas kanan) dan sudut camber positif (bawah kiri)

Bagaimana nak tahu sudut camber roda kereta kita masih dalam toleransi yang dibenarkan? Ketika proses penjajaran roda, jangan segan untuk melihat sendiri paparan skrin mesin berkenaan. Pastikan mekanik memasukkan spesifikasi sebenar kereta anda (nama model, varian dan tahun dibuat) pada mesin tersebut.

Pada skrin kita boleh lihat bacaan sudut berkenaan – merah tandanya sudah lari dari spesifikasi asal, dan jika hijau, ia masih dalam sudut toleransi yang ditetapkan oleh spesifikasi.

Kebiasaannya, jika anda membuat penjajaran roda di pusat-pusat servis 2S/3S/4S pengedar bertauliah dan ia dibuat secara in-house (bukan dihantar ke pihak kontraktor di luar), perkhidmatan untuk melaras semula sudut camber ini tidak akan disediakan – bermaksud, ‘adjust camber’ ini memang tidak wujud pun sebenarnya dalam penyelenggaraan kereta. Malah tiada mana-mana jenama pengeluar yang menghasilkan skru camber ini sebagai alat ganti asli – tidak terdapat dalam katalog alat ganti mahupun dalam manual baik pulih.

Skru camber – perlu ditukar ketika penjajaran roda?

Perhatikan bacaan camber keseluruhan dibahagian tengah (-0°23′) yang masih lagi hijau walaupun bacaan camber kiri adalah -0°50′ dan kanan -0°27′. Sudut toe di bawah walau bagaimanapun lari teruk dengan bacaan berwarna merah -1.9 darjah secara keseluruhan dan perlu dilaras semula

Ini kerana sukar untuk sudut camber ini untuk lari dari spesifikasi. Sekiranya ia lari juga, berkemungkinan ada komponen suspensi anda sudah rosak, contohnya absorber, lengan kawalan atau komponen lain yang sudah bengkok – ini perlu diteliti kembali oleh mekanik.

Malah sekiranya anda merendahkan kereta anda, sebagai contoh menggunakan spring sport yang lebih rendah, ataupun menggunakan suspensi boleh laras, sudut camber kereta anda akan menjadi condong/negatif sedikit secara semula jadi kerana pergerakan ‘pendulum swing‘ pada lengan kawalan bawah (lower arm) – kebiasaannya ia tidak akan melebihi dari spesifikasi toleransi yang dibenarkan.

Dan skru camber yang dijual oleh kedai-kedai tayar di Malaysia, majoritinya tidak mempunyai jenama – tidak mempunyai nombor komponen (part number) dan tidak diketahui siapa yang mengilangkannya.

Dengan penggunaan skru dilengkapi sesondol boleh bergerak serta kedudukan sudut hab roda anda yang tidak lagi tetap tersebut akan meningkat risiko sudut camber anda untuk lari melebihi dari spesifikasi sekiranya anda terlanggar lubang.

Jika perkara ini berlaku, ada kemungkinan tayar anda juga akan rosak – kita tidak tahu siapa yang menghasilkan skru berkenaan, dan kepada siapa kita mahu menuntut sekiranya perkara tersebut berlaku?

Untuk pengetahuan anda juga, sekiranya anda membeli skru camber ini terus di kedai alat ganti, harganya hanyalah sekitar RM10 hingga RM15 sebatang. Itu kalau anda beli sebatang, bayangkan pula berapa jatuh harganya jika dibeli pukal terus dari pembekal atau pengilang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • alldisc on May 28, 2019 at 6:39 am

    Di pusat servis umw Toyota (cerita 10 thn dahulu) utk melaras sudut camber, semua komponen suspensi di longgarkan dari atas mounting absorber sehingga ke bawah absorber Dan lower arm. Absorber Akan dilaras ke kedudukan sudut yg betul sebelum semua Nat diikat ketat.

    Skru camber yg lompong di dalam Akan membuatkan alignment selalu lari Dan selalu kena adjust camber semula.

    Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 0
  • Ahmad Redzuan Tahir on May 28, 2019 at 11:49 pm

    Skru camber adalah penyelesaian sementara pada sistem suspensi. Ia digunakan untuk penyelesaian masalah bacaan camber yang terkeluar dari bacaan yang ditetapkan oleh pengeluar kereta.

    Dengan kata mudah, sistem suspensi akan susut prestasi maka kadar penyusutan itu diperbaiki dengan penggunaan skru camber sehinggalah sistem suspensi ditukar dan skru camber yang asal perlu digunakan semula.

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 4
    • Azmil on May 29, 2019 at 10:20 am

      Apa kesannya kalau kita guna untuk jangka masa panjang? Ada ke risiko keselamatan ke atas pengguna kenderaan tersebut?

      Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 29
    • BadLatip on Dec 04, 2021 at 5:45 pm

      Ini komen yg tepat..sng cerita camber screw ni adalah solusi kpd wear & tear suspension system..absorber, spring, absorber mounting, arm dan lain2 akn lusuh/turun prestasi..so camber screw adalah solusi murah bersifat sementara utk kekalkan sudut dan jajaran tayar..teringat masa keje kilang kereta dulu, penjajaran hanya dibuat pd rack end sahaja.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
  • Komkom on May 29, 2019 at 3:53 pm

    Perlu ke tak perlu? Tak jumpa dalam artikal diatas.

    Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 3
    • NAZRI on Oct 07, 2019 at 12:28 pm

      Betul, x jumpa jawapannya. PERLU @ TIDAK PERLU.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • rezza on Jul 05, 2020 at 8:25 am

        jawapan nya lebih kepada tidak perlu…setiap kali saya tukar tayar pomen akan bagitau tayar sudah lari mesti tukar chamber 1biji 80 ringgit..tayar baru maa nanti rosak rugi woo mcm tu laa ayat dia..saya tak pernah tukar pon

        Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 5
        • Mohammad Ali on Dec 19, 2022 at 3:04 pm

          Jadi kalau kereta memang dah ada pakai skru chamber,nak tukar ke skru asal boleh ke?

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rohana Mamat on Dec 25, 2021 at 7:52 am

    Baru 2 ni saya Ada buat chamber 2 tayar hadapan.. memandangkan saya perempuan saya X paham Bab kenderaan ini.. betulkan harga chamber RM200 untuk Honda BRV.. Kali pertama buat..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • saeiful on Jan 17, 2022 at 10:09 pm

      hahaha…diorg offer sy 180rm utk honda city sy,lps tu sy ckp xnk muka da berubah

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Azudin on Apr 30, 2022 at 8:10 pm

      Bila dia jumpa org yg x tau apa apa… mmg jd lubuk emas lah..

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • MOHAMAD FAISAL SHAH BIN MOHAMAD NASIR on Apr 30, 2022 at 10:13 pm

      Skru chember ni sebenarnya digunakan sekiranya kereta tu pernah mengalami kemalangan di bahagian hadapan puan Rohana…stock kereta Dr kilang pun x pakai skru chember …benda tu hanya utk menguntungkan tauke2 yg rakus nak untung lebih sahaja

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • kene tipu kak

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • e-tique on May 01, 2022 at 9:33 am

    so, kesimpulannya brgantung kpd case by case ler kan

    kalo keta lama yg dh ada wear & tear pada bushings, faham la mungkin kena pakai menatang camber bolt ni…
    maybe lah kes mileage lepas 100k km onwards

    atau kes lowered kaa, lepas accident kaa…haaa depends

    tp, kalo keta baru pun workshop suruh pasang…apa kejadahnya kan? mmgla nk menipu

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Kayrul on May 01, 2022 at 12:30 pm

    Kalau ada kedai yg ‘sound’ suruh tukar skru camber ni, sy akan suruh dia buka semula alat nk buat alignment dan terus cakap xpe la sy nk ke kedai lain! Mcm tu saja cara nak ajar dgn peniaga penipu!

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required