VIDEO: ‘Mat Rempit’ sebabkan sebuah Triton terbalik

Hari ini tular satu video kejadian yang tidak bertanggungjawab oleh seorang penunggang motosikal yang menyebabkan kemalangan yang agak teruk – sebuah trak pikap Mitsubishi Triton terbalik dan sebuah Nissan Almera terseret ke dalam longkang.

Video ini adalah dari dashcam Nissan Almera yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan dimuat naik oleh akaun bernama Tajuddin Noordin, yang mendakwa dia adalah ahli keluarga pemilik Almera berkenaan. Kejadian ini pula dikatakan terjadi di Guar Chempedak,Kedah.

Pada awal video berkenaan, dapat dilihat motosikal tersebut melakukan aksi ‘wheelie‘. Dan tidak lama selepas itu motosikal yang sama dilihat terjatuh di laluan bertentangan, menyebabkan sebuah Mitsubishi Triton yang mahu mengelak melanggarnya, dan lebih malang ia terbalik dan merempuh Nissan Almera berkenaan.

VIDEO: ‘Mat Rempit’ sebabkan sebuah Triton terbalik

Namun tidak diketahui apa nasib setiap individu yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Di sini penulis ingin mengingatkan bahawa kejadian ini salah satu contoh bagaimana sikap tidak bertanggungjawab dan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain akan menyusahkan bukan sahaja diri sendiri, malah yang tidak berdosa.

Jadi, rakyat Malaysia sekalian, tolonglah, ubah sikap kita ketika berada di atas jalan raya. Perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku diatas jalan raya bukan disebabkan semata-mata oleh perkara ranting seperti tidak menggunakan signal, melanggar lampu isyarat, membuat pusingan-U sesuka hati dan sebagainya, punca pokoknya adalah sikap masyarakat kita.

Ubah sikap, sentiasa fikirkan keselamatan kita dan orang lain dan memandu secara defensif, insyallah banyak kemalangan yang dapat kita elakkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Zahir on Jun 24, 2019 at 8:15 pm

    Aku bagi cadangan DRASTIK satu jer.
    1-Mana2 Bapa/Ibu bagi anak bawak motor tanpa lesen,di tangkap anak tersebut oleh mana2 pegawai d lantik sebagai penguasa undang2 lalulintas motor akan d sita serta merta n di lupuskan.Penjaga akan d kenakan saman Rm1000.00#ataw
    2-Jika d dapati budak2 sekolah/ataw sesiapa memandu tanpa lesen dan d tgkp serta d sabit atas kesalahan,motor tersebut terus d sita n d lupuskan serta merta n d denda RM600.00#
    *SEMUA SETUJU?ZALIM KAN.TAPI JIKA BETUL KAMU SYG ANAK,X PENTING DIRI SENDIRI,KAMU SEMUA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK D KENAKAN TINDAKAN OLEH KESALAHAN BUDAK DALAM JAGAAN ANDA.ANDA BERHAK D SAMAN OLEH MANGSA JIKA D DAPATI KECUAIAN TERSEBUT BERPUNCA DARI ANK ANDA..
    Ramai marah aku ker?mesti cakap aku org kaya.salah,aku keje pomen kompeni org saja,gaji aku sbln x cecah Rm2200 sebulan campur ot per suma.anak aku ada sorang tgkatan 4.aku bagi bawak motor p sekolah tanpa lesen.
    Jadi,apa aku nak cakap,kita ni syg anak ke x?kita ni penting diri sendiri ke apa?betul ataw salah cara kita..SALAH.SALAH,SALAH walau apa jua alasan..titik.Sampai masa kerajaan buka mata pasal motor bawah 250cc yg d jual hrga murah n mudah d dapati.kenakan cukai lebih tinggi pasal motor bawah 250cc.
    Dan undang2,perlu gubal semula.jika benar kerajaan sygkan anak muda remaja belia,jika benar bapa/ibu sygkan anak2..Setuju dok diam2,Yang marah boleh komen sekasaq mana n maki lah sehebat mana kamu larat.thxU.
    Wassalam..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required