Isuzu D-Max generasi ketiga muncul sebagai teaser

Isuzu D-Max generasi kedua sudah berada dalam pasaran agak lama, dan sejak diperkenalkan kali pertama pada tahun 2011, ia sudah melalui beberapa kali pembaharuan. Masa untuk model generasi baru sudah tiba, dan syarikat itu telah pun menyiarkan teaser untuk trak pikap generasi ketiga tersebut. Ia hanya akan diperkenalkan secara rasmi pada 11 Oktober di Thailand.

Melalui video teaser yang bertemakan “Infinite Potential” ini, kita boleh melihat bahagian gril yang kini lebih besar dan masih mempunyai dua garis seperti taring. Tulisan ISUZU pada gril yang sebelum ini terletak di tengah pula diangkat lebih tinggi.

Lampu utama pada model baru ini adalah lebih kecil, dan di dalamnya terdapat lampu siang LED berbentuk U. Pada penjuru bampar terdapat lekuk yang meletakkan lampu kabus dan juga lampu penunjuk arah. Pergi ke belakang, lampunya adalah baru, dengan pencahayaan petak bertingkat.

Walaupun video ini tidak menunjukkan begitu jelas bahagian dalam kenderaan, kita masih boleh melihat Isuzu cuba untuk memberikannya suasana yang lebih premium. Antara yang menjadi penyumbang adalah kemasan perak pada butang kawalan pendingin hawa dan tombol gear, serta panel instrumen yang lebih moden. Suasananya juga kelihatan lebih kontemporari berbanding D-Max sekarang.

Pilihan enjin masih belum diberitahu, tetapi lencana Ddi yang terdapat pada pelindung enjin memberi petanda penggunaan unit empat silinder turbodiesel 1.9 liter RZ4E-TC sedia ada. Pada D0Max generasi kedua sekarang, enjin ini mampu menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork. Pilihan transmisi pula sama ada manual atau automatik enam kelajuan. Enjin diesel turbo lain yang mungkin ditawarkan adalah seperti unit 4JK1-TC 2.5 liter dan 4JJ1-TCX 3.0 liter.

GALERI: Isuzu D-Max 1.9 Ddi Double Cab 4×4 AT Premium facelift 2019 (Malaysia)

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required