Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dilancarkan – jadi hala tuju perkembangan pengangkutan di M’sia

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dilancarkan – jadi hala tuju perkembangan pengangkutan di M’sia

Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 baru sahaja dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Secara asasnya, DPN adalah sebuah kerangka besar terhadap hala tuju perkembangan segenap aspek berkaitan pengangkutan di Malaysia dalam tempoh sedekad ke hadapan, baik dari sudut kepenggunaan mahupun perdagangan.

Hasratnya, apa juga pendekatan atau keputusan yang diambil nanti, semua itu akan berpaksi kepada objektif serta hala tuju berkenaan. Merangkum di dalamnya tidak hanya hal-hal berkaitan pengangkutan darat (persendirian dan awam), bahkan turut melibatkan pengangkutan udara dan juga industri perkapalan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika taklimat sempena pelancarannya menggariskan tiga objektif atau visi utama kepada kerangka berkenaan. “Ke hadapan, semua keputusan yang akan ditetapkan mestilah memenuhi objektif dan memberi kesan positif seperti yang ditetapkan selari dengan visi ini,” ujar beliau.

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dilancarkan – jadi hala tuju perkembangan pengangkutan di M’sia

Tiga kesan positif utama yang dimaksudkan ialah setiap keputusan yang diambil berkaitan industri pengangkutan akan memberi kesan pertumbuhan dan daya saing ekonomi, memberi impak positif terhadap sosial dan masyarakat serta yang terakhir, menyumbang kesan positif terhadap alam sekitar.

Selain itu, kerajaan juga menetapkan lima teras dasar utama yang mendirikan gagasan ini, seperti berikut:

  • Memperkukuh tadbir urus ke arah persekitaran yang kondusif bagi sektor pengangkutan
  • Mengoptimum, membina dan menyelenggara infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan untuk memaksimumkan kecekapan
  • Meningkatkan aspek keselamatan, integrasi, ketersambungan dan kebolehcapaian bagi melancarkan perjalanan
  • Melangkah maju ke arah ekosistem pengangkutan hijau
  • Memperluas jejak global dan mempromosikan pengantarabangsaan perkhidmatan pengangkutan

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dilancarkan – jadi hala tuju perkembangan pengangkutan di M’sia

Beberapa hal berkaitan pengangkutan awam darat bagi sektor kegunaan penumpang yang turut disentuh secara permukaan di dalamnya adalah melibatkan peningkatan bagi perkhidmatan melibatkan rel (keretapi, komuter, LRT, ETS, Monorel dsb) turut akan diberi perhatian sebagai antara langkah penyelesaian terhadap peralihan atau pertambahan penduduk dari luar bandar ke kawasan bandar. Selain itu, pengangkutan awam Malaysia juga dihalakan untuk menjadi lebih mesra kepada pengguna OKU.

“Kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan rel sama ada untuk pengangkutan penumpang mahupun barangan dengan menaik taraf rangkaian rel sedia ada, membangun jajaran baharu keretapi seperti landasan cawangan Bukit Kayu Hitam dan Landasan Pintasan Serendah – Pelabuhan Klang. Bagi menambah baik perkhidmatan penumpang pula, Kerajaan sedang dalam proses perolehan set ETS dan Monorel yang baharu,” jelas Tun Mahathir di dalam ucapan perasmiannya.

“DPN ini akan menjadi bluprint kepada setiap dasar atau pendekatan yang akan diambil oleh kerajaa selepas ini. Ia akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada aspek perdagangan/perniagaan dan memacu pertumbuhan ekonomi sahaja, tetapi turut menyediakan rangkaian dan suasana pengangkutan yang lebih mapan yang memudahkan pengguna serta mesra alam,” jelas Anthony Loke.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required