Aprilia RS660 versi produksi ditunjuk dalam teaser

Aprilia RS660 versi produksi ditunjuk dalam teaser

Meskipun sportsbike RSV4 mereka cukup popular, Aprilia sekarang ini tidak mempunyai model sports pertengahan untuk bersaing dengan Honda CBR600RR, Yamaha R6 ataupun Triumph Daytona. Tidak lama lagi nampaknya perkara ini akan berubah kerana pengeluar dari Itali itu telah pun menunjukkan satu gambar teaser model RS660 versi produksi.

Keinginan Aprilia untuk mengeluarkan model ini sudah diketahui sejak model konsep ditunjukkan waktu pameran EICMA tahun lepas, dan kini selepas satu tahun, model produksi pula akan didedahkan pada pameran yang sama. Gambar yang ditunjukkan adalah agak gelap, jadi kami telah menjadikannya terang bagi melihat lebih jelas motosikal baru ini.

Nampaknya, kebanyakan bahagian motosikal yang ditunjukkan dalam gambar tersebut adalah sama dengan model konsep yang ditunjukkan tahun lepas termasuklah panel badan dengan pembelah angin di tepi, satu tempat duduk serta penggayaan lain yang diwarisi daripada RSV4.

Melihat kepada pemegangnya yang rendah, kita boleh mengetahui Aprilia mahu menjadikan model ini sebagai sebuah sportsbike yang lebih serius dan bukannya untuk tunggangan yang selesa seperti Kawasaki Ninja 650 atau Yamaha XJ6. Kita juga boleh melihat kelengkapan prestasi seperti brek Brembo, lengan ayun aluminium serta fork upside down di hadapan.

Perincian spesifikasi motosikal ini hanya akan didedah apabila EICMA dibuka minggu hadapan, namun sudah terdapat khabar angin bahawa Aprilia akan menggunakan enjin dua silinder selari untuk model ini dan dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required