TVS Apache RR310 2020 guna ‘ride by wire’ – empat mod tunggangan, panel meter TFT digital 5.0 inci

TVS Apache RR310 2020 guna ‘ride by wire’ – empat mod tunggangan, panel meter TFT digital 5.0 inci

TVS Motor baru sahaja memperkenalkan model Apache RR310 yang dipertingkat untuk tahun 2020 di pasaran India. Pembaharuan yang boleh dilihat melalui mata kasar adalah grafik, serta warna baru yang menaikkan lagi ciri sporty motosikal ini.

Naik taraf lain yang lebih menarik adalah pada bahagian elektronik, di mana RR310 ini menjadi model pertama TVS yang menggunakan sistem pendikit ride-by-wire sekaligus membolehkan pengguna memilih empat mod tunggangan iaitu Urban, Sport, Rain serta Track – setiap mod mempunyai maklum balas enjin, kuasa dan ABS yang berbeza.

Selain daripada itu, apabila mod ditukar, paparan pada meter digital TFT 5.0 inci baru yang berbentuk seperti tablet elektronik pada motosikal ini juga akan berubah. Menambah lagi fungsinya, pemilik boleh menyambungkan sistem motosikal ini kepada telefon pintar melalui aplikasi, untuk mendapatkan maklumat seperti telemetri dalam litar, navigasi dan pelbagai maklumat lain.

Bahagian lain motosikal ini masih sama seperti model yang diperkenalkan pertama kali pada tahun 2017, termasuklah enjin satu silinder DOHC berkapasiti 313 cc, bersama kombinasi kotak gear enam kelajuan dan klac jenis slipper, mampu menghasilkan kuasa 34 PS pada 9,700 rpm dan 27.3 Nm tork pada 7,700 rpm.

Kedua-dua brek depan dan belakang RR310 menggunakan unit cakera dengan angkup Bybre serta ABS dual-channel, manakala suspensi pula adalah padanan fork teleskopik dan monoshock jenis gas. Kelengkapan lain adalah termasuk rim 17 inci, tangki bahan api 11 liter, berat 174 kg, kerangka jenis Trellis serta lampu hadapan dan belakang LED.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required