Sebagai sokongan terhadap langkah untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan, Shell menawarkan 138 unit alat keselamatan berkenaan yang bernilai RM507 setiap satu di stesen-stesen terpilih untuk pelanggan.
Bermula dari 17 Februari hingga 12 April 2020, Shell ingin memberikan kerusi keselamatan ini melalui 136 stesen minyaknya di sekitar Kuala Lumpur dan juga Negeri Sembilan. Sepanjang kempen ini berlangsung, setiap minggu seramai 17 pelanggan berpeluang menjadi pemenang.
“Di Shell, kami sentiasa ingin menjadikan pengalaman hidup pelanggan-pelanggan kami sentiasa dalam keadaan baik. Kempen ini juga satu cara bagi kami untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak melalui stesen-stesen minyak Shell. Masih ramai ibu bapa yang tidak sedar tentang kepentingan kerusi keselamatan ini.
“Jadi, ini satu cara untuk kami mendidik dan meningkatkan kesedaran orang-ramai,” jelas Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.
Setakat ini, seramai 70 ibu bapa telah dipilih sebagai pemenang mingguan bagi kempen berkenaan. Ini bermaksud, masih berbaki empat minggu lagi jika anda ingin mencuba nasib untuk tersenarai sebagai pemenang. Untuk layak menyertainya, pelanggan hanya perlu mengisi minyak Shell sebanyak RM40 dalam satu resit dan kemudian isikan borang penyertaan di stesen-stesen terlibat. Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan ini.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.