China, Itali dan Amerika Syarikat catat udara lebih sihat ketika lockdown pandemik Covid-19 – laporan

China, Itali dan Amerika Syarikat catat udara lebih sihat ketika <em>lockdown</em> pandemik Covid-19 – laporan

Minggu lalu, pencemaran udara di India mencatatkan penurunan mendadak disebabkan tiada lagi aliran trafik yang sibuk di atas jalan raya selepas kerajaan negara berkenaan mengeluarkan arahan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Nampaknya perkara yang sama sudah berlaku di tiga lagi negara yang paling teruk terjejas kerana wabak Coronavirus ini iaitu China, Itali dan Amerika.

Berdasarkan data dari satelit, jumlah gas berbahaya nitrogen dioksida nampaknya menurun dalam udara ketiga-tiga negara berkenaan, menurut laporan Gizmodo.

“Nitrogen dioksida dihasilkan dari pembakaran bahan api fosil dan ia sentiasa menjadi penyebab pencemaran di kawasan bandar,” kata Barbara Dix, penyelidik atmosfera di Institut Koperasi untuk Penyelidikan Sains Alam Sekitar di Universiti Colorado Boulder.

Kualiti udara di Amerika Syarikat (Califronia, gambar kiri) dan Itali mencatatkan kadar lebih baik

“Pembakaran bahan api fosil akan terus menyebabkan penghasilan nitrik oksida dan sedikit nitrogen dioksida (selalunya kedua-duanya dirujuk sebagai NOx), tetapi nitrik oksida akan secara cepat bertukar kepada nitrogen dioksida dalam atmosfera. Nitrogen dioksida agak mudah untuk dikesan oleh satelit,” tambahnya lagi.

Di Amerika Syarikat, California menjadi negeri pertama di AS yang menjalankan arahan untuk duduk di rumah bermula 19 Mac lalu, menurut Gizmodo. Bandar yang sinonim dengan budaya automotif iaitu Los Angeles juga mencatatkan penurunan pencemaran udara yang mendadak. Manakala di kawasan Timur Laut, Bandar New York turut menyaksikan kadar kualiti udara yang semakin baik.

Untuk Itali, kadar nitrogen dioksida dalam udara negara berkenaan menyaksikan penurunan bermula 8 Februari hingga 7 Mac. “Penurunan nitrogen oksida yang cepat kita saksikan kerana Covid-19 tidak pernah lagi dilihat sebelum ini. Kita sekarang sedang menyaksikan eksperimen global di mana salah satu sumber pencemaran sedang turun mendadak, manakala sumber lain masih lagi sedang naik atau turun secara lebih perlahan. Lebih banyak sains atmosfera akan keluar oleh sebab ini,” kata Dix lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required