Individu yang rakam tugas polis dalam sekatan jalan raya ketika PKP boleh dikenakan tindakan – KPN

Individu yang rakam tugas polis dalam sekatan jalan raya ketika PKP boleh dikenakan tindakan – KPN

Awas bagi anda yang merakamkan video atau foto penugasan polis yang buat sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian dimuat naik dalam laman media sosial bersama persepsi negatif, boleh dikenakan tindakan tegas. Itu amaran daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara bukanlah suka-suka untuk menyekat pergerakan atau menyusahkan orang ramai. Sebaliknya mereka melaksanakan satu misi yang sungguh suci dengan objektif untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 demi keselamatan orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya lagi, pegawai dan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya amat mudah terdedah untuk dijangkiti COVID-19.

Individu yang rakam tugas polis dalam sekatan jalan raya ketika PKP boleh dikenakan tindakan – KPN

“Oleh itu, mana-mana individu yang berniat untuk berbuat demikian (rakam dan ambil gambar untuk burukkan imej polis) diberi peringatan keras, ingatlah bahawa di luar sana banyak pihak yang memerhati anda untuk ditangkap.

“Sekiranya mereka keluar untuk memberi barangan tiada masalah tetapi jika sengaja keluar untuk merakam sekatan jalan raya sudah jadi satu kesalahan kerana tugas polis yang menjalankan kewajipannya bukanlah satu bahan untuk difilemkan atau ditayang,” katanya.

Beliau turut berkata, PDRM juga sentiasa memastikan keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas di sekatan jalan raya serta mereka juga perlu mematuhi jarak sosial.

“Setiap kali mereka menahan kereta, mereka tidak rapat serta sentuh pada bahagian badan kereta dan prosedur operasi standard itu telah ada. Mereka hanya bertanya kepada pemandu hendak ke mana dan selepas itu anggota saya segera membersihkan tangan mereka,” katanya yang turut padang untuk memastikan kesemua anggota mempunyai penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman ada di setiap sekatan jalan raya..

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required