Royal Enfield Bullet diubah suai dengan motor elektrik

Royal Enfield Bullet diubah suai dengan motor elektrik

Di United Kingdom, terdapat satu syarikat yang terkenal dengan pengubah suaian kenderaan klasik daripada enjin biasa kepada penggerak elektrik, iaitu Electric Classic Cars. Antara projek yang pernah mereka hasilkan adalah melibatkan model seperti Land Rover Defender, Volkswagen Beetle, BMW 2002, MG Midget dan pelbagai lagi.

Untuk projek terbarunya, syarikat ini telah beralih kepada motosikal dan model yang dipilih adalah Royal Enfield Bullet 500. Menurut laporan IndianAutosBlog.com, enjin satu silinder 500 cc pada motosikal ini telah diganti dengan motor elektrik 13 kW yang diletakkan terus di belakang untuk memusingkan rodanya.

Ruang enjin motosikal ini sekarang menempatkan bateri lithium ion 2.5 kWh yang menurut Electric Classic Cars, boleh dicas penuh dalam masa 90 minit menggunakan pengecas 7 kW yang diberi. Panel khas yang dicetak secara 3D menutupi bateri ini sementara kerangka pula diperkuat untuk menyokongnya.

Perincian prestasi motosikal elektrik ini tidak didedahkan sepenuhnya tetapi Electric Classic Cars memberitahu ia boleh mencapai kelajuan 112 km/j dan mampu memberi jarak gerak antara 128 hingga 160 km apabila ditunggang pada kelajuan antara 80 hingga 96 km/j. Suspensi masih lagi menggunakan unit asal manakala brek adalah unit cakera 280 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan angkup tunggal 240 mm di belakang.

Semua lampu motosikal ini telah ditukar kepada unit LED, dan untuk harga, memandangkan Electric Classic Cars adalah sebuah syarikat yang menghasilkan kenderaan khas mengikut tempahan, ia adalah agak tinggi iaitu 20,000 pound (RM106,744).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required