SOP selepas PKP ikut zon akan diumum Khamis ini, zon hijau tanpa kes mungkin lebih longgar – Menteri

SOP selepas PKP ikut zon akan diumum Khamis ini, zon hijau tanpa kes mungkin lebih longgar – Menteri

Dalam sidang media yang baru berlangsung sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu mengikut zon-zon kawasan Khamis ini berhubung langkah kerajaan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Astro Awani.

Menurutnya berdasarkan SOP berkenaan, pergerakan di zon hijau berkemungkinan akan dilonggarkan, manakala pergerakan di zon merah mungkin diperketatkan lagi selepas PKP.

“MKN bersama KDN pada Khamis nanti akan mengeluarkan SOP yang baharu berdasarkan zon-zon tertentu. Seperti zon Putrajaya hari ini menjadi zon merah.

“Jadi selain zon merah, tentu ada zon hijau. Zon hijau misalnya adalah kawasan yang ada kosong COVID-19. Jadi kita sedang meneliti apakah SOP-SOP yang akan kita perkenalkan. Mungkin ada sedikit kelonggaran, kalau sudah kosong mungkin dilonggarkan,” katanya

“Walau bagaimanapun, mungkin SOP-SOP akan diperkenalkan di kawasan zon hijau. Tak boleh masuk ke kawasan tersebut, dan orang lain tak boleh masuk kawasan tersebut takut dari zon hijau menjadi merah dan sebagainya.

SOP selepas PKP ikut zon akan diumum Khamis ini, zon hijau tanpa kes mungkin lebih longgar – Menteri

“Untuk zon merah, kita sediakan SOP yang lebih ketat berbanding hijau. Mungkin nanti jika kilang nak dibuka, mungkinkah pekerja di zon merah akan bekerja di zon hijau? (Kita tidak mahu) Kalau pekerja di zon hijau akan menjadi merah, perincian akan diumum selepas MKN dan KDN akan sediakan SOP,” jelasnya.

Ismail turut berkata kerajaan bagaimanapun mahu memastikan negara tidak akan membuat kesilapan jika tindakan memberikan kelonggaran selepas PKP.

“Saya percaya kedai rambut, bengkel dan banyak perkara dibangkitkan dan begitu juga kedai dobi. Perkara itu sedang diperhalusi dari segi SOP yang lebih terperinci bagi menghadapi selepas 14 hari PKP sebab kita tak mahu jadi seperti negara luar.

“Kita tahu rakyat gelisah, kita nak bantu dan kita kaji kesan kalau kita terlalu longgar. Jadi, kita nak pastikan ia diperincikan bahawa ada kebebasan, namun kita tak nak buat kesilapan dan menyebabkan kita tutup (PKP) lebih lama.

“Lebih baik kita kembali pada asal dan tak ulang. Kita akan umum SOP nanti,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required