GoCar, Shell sedia kereta sewa dan minyak percuma untuk pekerja barisan hadapan hingga 14 April

GoCar, Shell sedia kereta sewa dan minyak percuma untuk pekerja barisan hadapan hingga 14 April

Sepanjang pertempuran dengan pandemik Covid 19 ini, pekerja kesihatan barisan hadapan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan kesihatan orang ramai terjaga. Sebagai tanda berterima kasih dan memberikan bantuan tambahan kepada mereka, GoCar dan Shell bersedia memberikan kereta sewa serta minyak percuma untuk mereka, sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat 14 April ini.

Dua syarikat ini akan bekerjasama menyediakan 200 unit Nissan Almera yang diletakkan di 127 stesen minyak Shell sekitar Semenanjung Malaysia, untuk kegunaan pekerja kesihatan barisan hadapan berulang-alik setiap hari dari tempat tinggal ke tempat bertugas seperti hospital, klinik dan pusat kuarantin.

Pekerja kesihatan yang berminat untuk menggunakan khidmat ini boleh mendaftar di laman web GoCar, dan menyediakan pengesahan status mereka. Apabila berjaya, mereka akan diberi kod promo GoCar yang bernilai RM483 serta baucar minyak Shell berjumlah RM30 melalui emel.

GoCar, Shell sedia kereta sewa dan minyak percuma untuk pekerja barisan hadapan hingga 14 April

“Di GoCar, kami berusaha untuk bertindak pantas menyumbang semula kepada komuniti dalam apa saja cara yang boleh, apatah lagi pada masa sekarang. Kami teruja untuk melakukan kerjasama ini dengan rakan kongsi paling besar kami iaitu Shell, di mana mereka juga berkongsi dan menyokong nilai yang sama. Pada masa barisan hadapan bekerja keras untuk kita, kami juga mengambil langkah sendiri untuk membantu, dengan menyediakan pengangkutan untuk mereka,” kata CEO GoCar Malaysia, Alan Cheah.

Beliau juga turut menyatakan sejak virus ini merebak, syarikat telah melihat keperluan untuk membersihkan kenderaan dan membasmi kuman dengan lebih kerap supaya pelanggan mereka sentiasa dapat menggunakan kenderaan yang bersih dan selamat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required