VIDEO: Asas tunggangan offroad oleh pelatih Ducati

VIDEO: Asas tunggangan offroad oleh pelatih Ducati

Peminat motosikal jenis adventure atau kembara sekarang semakin bertambah. Selain boleh ditunggang selesa atas jalan biasa, motosikal jenis ini juga mempunyai kelebihan untuk meredah jalan offroad dengan tahap kesukaran yang boleh dilepasi bergantung kepada beberapa kelengkapan seperti tayar.

Bagi yang tidak biasa, melalui jalan offroad dengan motosikal jenis kembara yang biasanya mempunyai saiz agak besar dan tinggi adalah sedikit menggentarkan. Ini sebenarnya boleh diatasi dengan latihan asas mengikut cara yang betul dan ia ditunjukkan dalam video oleh pelatih profesional Ducati Riding Experience (DRE) Enduro Academy, Beppe Gualini di atas.

Ia mungkin boleh membantu mereka yang masih belum yakin untuk menunggang motosikal atas jalan offroad dan beberapa asas tunggangan seperti kedudukan badan, membrek, mengambil selekoh serta berhadapan dengan cabaran ditunjukkan dalam video ini. Apa yang perlu anda lakukan cuma perhati dan lakukan latihan.

Menunggang motosikal jenis ini atas jalan offroad memerlukan cara yang berbeza berbanding apabila anda berada atas jalan tar biasa ataupun menunggang motosikal enduro yang lebih ringan atas jalan offroad. Dalam tempoh kawalan pergerakan ini, anda mungkin boleh berlatih atas motosikal yang tidak bergerak terlebih dahulu.

Memandangkan ini adalah sebuah video daripada Ducati, Gualini turut menerangkan beberapa cara untuk menggunakan mod tunggangan yang sesuai waktu menunggang atas jalan offroad dan beberapa lagi ciri yang ada pada motosikal adventure atau kembara Ducati seperti Multistrada dan Scrambler.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required