JPJ Kelantan kutip RM1.98j melalui siri DDV – harga bidaan JPJeBid tertinggi setakat ini dengan RM250k

JPJ Kelantan kutip RM1.98j melalui siri DDV – harga bidaan JPJeBid tertinggi setakat ini dengan RM250k

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah membuka bidaan melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) melibatkan nombor siri pendaftaran kenderaan DDV mulai 17 September lalu. Seusai lima hari bidaan dibuka, Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf, mengumumkan pihaknya telah merekodkan kutipan mencecah RM1.98 juta menerusi nombor siri berkenaan.

Menurut beliau, perkara ini adalah melangkaui jangkaan sasaran awal iaitu RM1.5 juta dan ia merupakan kutipan tertinggi siri nombor pendaftaran semenjak JPJeBID diperkenalkan bagi Kelantan, laporan Bernama.

Di mana nombor pendaftaran DDV 1 mendapat bidaan tertinggi sebanyak RM250,000 yang melibatkan 11 pembida dan sehingga kini ia merupakan harga bidaan JPJeBID tertinggi bagi seluruh negara pada tahun ini.

“Bidaan kedua tertinggi ialah DDV 8 bernilai RM61,000, diikuti DDV 9 (RM60,000), DDV 5 (RM58,888), DDV 2 (RM50,000), DDV 3 (RM47,000), DDV 6 (RM45,000), DDV 7 (RM41,000), DDV 11 (RM33,000) dan DDV 111 (RM33,000).

JPJ Kelantan kutip RM1.98j melalui siri DDV – harga bidaan JPJeBid tertinggi setakat ini dengan RM250k

“Bilangan pengguna berdaftar dengan JPJeBid pada masa tarikh tutup siri adalah seramai 263,631 dengan melibatkan 1,909 pembida dan daripada jumlah itu hanya 963 pembida yang berjaya,” katanya.

Tambah beliau, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan. Manakala baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada umum untuk dibeli oleh orang awam mengikut harga minima.

“Harga bidaan akan mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori nombor bernilai utama dengan nilai RM20,000, nombor menarik (dua digit) RM3,000, nombor menarik (tiga digit) RM2,500, nombor menarik (empat digit) RM2,000, nombor popular RM500 dan nombor semasa bernilai RM300.

“Orang awam yang berminat untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran ini, boleh berurusan di pejabat JPJ negeri atau cawangan. Selain itu, orang awam juga disarankan untuk memiliki ID mySIKAP awam bagi mendapatkan senarai nombor semasa yang masih belum didaftarkan lagi dan seterusnya membeli secara atas talian,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required