E-skuter tidak boleh berada atas jalan raya bermula 1 Januari 2021 — denda RM300 boleh dikenakan

E-skuter tidak boleh berada atas jalan raya bermula 1 Januari 2021 — denda RM300 boleh dikenakan

Pernah penggunakan e-skuter sebelum ini? Misalnya ketika jalan-jalan meneroka sudut-sudut kota di sekitar Kuala Lumpur? Ini ada perkembangan terbaru yang perlu diambil tahu; bermula 1 Januari 2021 nanti, semua jenis e-skuter (untuk mobiliti peribadi) diharamkan daripada digunakan di atas jalanraya.

Jika didapati melakukannya, pengguna boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, lapor Harian Metro. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, skuter elektrik hanya dibenarkan penggunaannya di kawasan yang telah digazetkan sahaja, seperti di taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan di pusat beli-belah.

Sebab mengapa e-skuter ini tidak dibenarkan berada di atas jalan raya? “Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalanraya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan,” ujar beliau.

“Pihak polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan dahulu sebelum tindakan mula dikenakan pada 1 Januari depan,” katanya.

E-skuter tidak boleh berada atas jalan raya bermula 1 Januari 2021 — denda RM300 boleh dikenakan

Penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika mahu menggunakan skuter berkenaan di atas jalan raya.

Beliau menambah, selepas dikuatkuasakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.

Skuter elektrik tergolong di bawah takrifan Kenderaan Mikromobiliti. Di bawah pindaan terbaharu APJ (Oktober 2020) Seksyen 2 (b) takrifan bagi kenderaan mikromobiliti bermaksud, “mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50km sejam.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required