Proton sasar pertambahan pasaran eksport di Brunei, Bangladesh, Egypt, Nepal, Pakistan dan Kenya

Proton sasar pertambahan pasaran eksport di Brunei, Bangladesh, Egypt, Nepal, Pakistan dan Kenya

Proton telah mensasarkan untuk mengembangkan lagi pasaran eksportnya pada tahun 2021 dengan memperkenalkan model baharunya. Baru-baru ini, pengeluar kereta nasional ini mengumumkan sehingga akhir Nov 2020, pertumbuhan eksportnya telah meningkat sebanyak 10.6% biarpun dunia sedang berhadapan dengan serangan wabak pandemik COVID-19.

“Mendahului pasaran tempatan masih salah satu sasaran kami tetapi pada masa yang sama, ia amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia. Objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10 tahun kami yang telah dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely.

“Tahun ini, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik COVID-19 kerana setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalah itu. Namun begitu, usaha pekerja kami serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul. Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, kami akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan Proton X50 di Brunei,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton Holdings Berhad.

Selain daripada negara-negara yang telah diumumkan, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Proton Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun berakhir. Selain itu, Saga juga dipasang secara tempatan (CKD) dan dijual di Kenya dan Pakistan.

Sebanyak 405,267 unit kenderaan berjenama Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan model Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required