Honda Monkey 125 dipertingkat dengan kotak gear lima kelajuan, enjin Euro 5 berkuasa 9.25 hp, 11 Nm

Honda Monkey 125 dipertingkat dengan kotak gear lima kelajuan, enjin Euro 5 berkuasa 9.25 hp, 11 Nm

Setelah melalui beberapa peningkatan, Honda Monkey 125 akhirnya diberikan kotak gear lima kelajuan bagi model tahun 2022. Selain daripada itu, suspensi, pilihan warna serta beberapa bahagian lain juga dinaik taraf.

Enjin bagi model bersaiz kecil ini masih lagi menggunakan unit satu silinder penyejukan udara 124 cc PGM-Fi sama seperti Honda Grom, tetapi kuasanya berkurang sedikit menjadi 9.25 hp (sebelum ini 9.6 hp) pada 6,750 rpm dan 11 Nm tork pada 5,500 rpm.

Enjin ini juga sekarang sudah mematuhi tahap emisi Euro 5, hasil daripada perubahan yang dibuat pada catalytic converter serta salur udara yang direka semula untuk menjadikannya lebih lancar. Bagi kotak gear itu, nisbah antara gear dipanjangkan sekaligus menjadikan ia lebih lancar dan selesa, sebelum mencapai kelajuan maksimum 91 km/j.

Bahagian casis tidak diubah, tetapi penyerap hentakan belakang dipasang dengan getah baru supaya lebih selesa. Di hadapan ia menggunakan fork USD dengan jarak gerak 100 mm. Berat keseluruhan Monkey 125 2022 adalah 104 kg dan tempat duduknya mempunyai ketinggian 775 mm.

Bahagian brek terdiri daripada cakera tunggal 220 mm di hadapan, 190 mm di belakang, dan datang dengan ABS secara standard. Model ini menggunakan rim 12 inci, yang dibalut tayar 120/80 di hadapan dan 130/80 di belakang. Tangki bahan api mempunyai kapasiti 5.6 liter. Bagi model tahun 2022 ini, pilihan warnanya terdiri daripada Pearl Glittering Blue, Banana Yellow dan Pearl Nebula Red.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • FARIS on Jul 06, 2021 at 2:23 pm

    https://paultan.org/2021/06/22/honda-monkey-125-dipertingkat-dengan-kotak-gear-lima-kelajuan-enjin-euro-5-berkuasa-9-25-hp-11-nm/

    SOALAN SAYA:
    ADAKAH MODEL INI AKAN DIBAWA MASUK KE MALAYSIA?JANGKAAN MASA DI LANCARKAN?tq ADMIN

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • FARIS on Jul 06, 2021 at 2:24 pm

    https://paultan.org/2021/06/22/honda-monkey-125-dipertingkat-dengan-kotak-gear-lima-kelajuan-enjin-euro-5-berkuasa-9-25-hp-11-nm/
    BILAKAH MODEL INI AKAN DILANCARKAN DI MALAYSIA?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required