PKPD Selangor/KL: Bengkel kenderaan/pusat servis tidak dibenarkan beroperasi; menurut SOP terkini

PKPD Selangor/KL: Bengkel kenderaan/pusat servis tidak dibenarkan beroperasi;  menurut SOP terkini

Bermula esok (3 Julai) sehingga 16 Julai 2021, beberapa daerah di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Semua penduduk di kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah keluar untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 km dari kediaman

KEMASKINI: Kerajaan baru sahaja mengeluarkan senarai SOP yang terkini (jam 7 malam menerusi saluran Telegram MKN rasmi) yang menyaksikan beberapa perubahan bagi seksyen perkhidmatan penting. Rombakan terkini itu tidak menyenaraikan “bengkel kenderaan atau pusat servis”, ini bermakna kedua-dua premis berkenaan tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKPD ini. Artikel ini diedit semula sebagai makluman terkini buat semua.

Sebelum ini, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, yang dilaksanakan di seluruh negara, bengkel kenderaan dan perniagaan alat ganti termasuk kedai tayar dibenarkan untuk beroperasi, dan ia tertakluk dengan terma ‘bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti’.

PKPD Selangor/KL: Bengkel kenderaan/pusat servis tidak dibenarkan beroperasi;  menurut SOP terkini

Maka, dengan SOP terkini tersebut, ini bermakna pusat servis dan bengkel kenderaan tidak dibenarkan untuk terus beroperasi (dalam kawasan PKPD), walau pun melibatkan kerja-kerja membaikpulih yang kritikal, selain servis berjadual mahu pun penyelenggaraan am.

Dalam hal yang berkaitan, syarikat pengeluar kereta dijangka akan mengumumkan lanjutan servis berkala dan tempoh waranti dalam tempoh ini. Sementara itu, bengkel yang berada di kawasan yang tidak terlibat dengan PKPD masih dibenarkan beroperasi, dengan SOP yang ketat.

Namun demikian, seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, semua bilik pameran di seluruh negara masih tidak dibenarkan beroperasi (cuma dibenarkan untuk tempahan secara dalam talian), begitu juga dengan kilang pengeluaran kenderaan juga dilarang untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh dan sekarang, yang masih berada di Fasa Pertama di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN). Tetapi telah dimaklumkan sebelum ini, pusat mencuci kereta akan dibenarkan untuk kembali beroperasi dalam Fasa Kedua di bawah PPN.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Souljah on Jul 05, 2021 at 1:31 pm

    Kami penghantar makanan yang gunakan motosikal macam mana pulak? Wajib kena servis ikut masa dan mileage.. kalau bocor semua macam mana??? Haissss…

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  • makhluk halus on Jul 08, 2021 at 4:15 am

    bodoh lah. tayar motor aku pancit. macam mana nak carik makan macam ni? tak pernah ada cluster bengkel motor/kereta tiba2 kena tutup. bangang punya sop.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • makhluk halus on Jul 08, 2021 at 4:15 am

    tayar motor aku pancit. macam mana nak carik makan macam ni? tak pernah ada cluster bengkel motor/kereta tiba2 kena tutup. bangang punya sop.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • makhluk halus on Jul 08, 2021 at 4:16 am

    tayar motor aku pancit. macam mana nak carik makan macam ni? tak pernah ada cluster bengkel motor/kereta tiba2 kena tutup. apelaa.. bikin susah rakyot.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Ibrahim Maulana on Jul 13, 2021 at 8:41 am

    Hairan ngapa kedai repair motorcycle di tutup… Macam Riders / Foodpanda/ grabfood/ lalamove dan Delivery fastfood nak repair dan service motorcycle mereka……i cannot brain

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required