Proton buka semula bilik pameran di Selangor, KL, Negeri Sembilan dan Perlis – patuhi SOP, tiada walk-in

Proton buka semula bilik pameran di Selangor, KL, Negeri Sembilan dan Perlis – patuhi SOP, tiada walk-in

Susulan keputusan kerajaan membenarkan aktiviti pembuatan dan penjualan bagi industri automotif kembali beroperasi, Proton turut mengumumkan bilik pamerannya juga telah dibuka semula.

Syarikat ini menjelaskan, pembukaan semua cawangan jualannya akan bergantung pada peratusan orang dewasa yang disasarkan yang telah divaksinasi di setiap negeri. Negeri yang dibenarkan untuk membuka kembali bilik pameran tersebut ialah di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perlis, dan ia menyertai cawangan jualan di Sabah dan Sarawak, yang telah dibuka semula sejak Julai lalu.

Proton turut berkata, pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) akan dilaksanakan. Ini termasuklah untuk memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan, di mana hanya kakitangan penjualan yang diberi vaksin sepenuhnya (dua dos vaksin dan 14 hari selepas dos kedua) akan dibenarkan bekerja di bilik pameran.

Malahan, pelanggan yang telah menerima dua dos lengkap (dua dos vaksin dan 14 hari selepas dos kedua, atau 28 hari untuk 1 dos tunggal) yang diklasifikasikan sebagai Rendah Risiko yang akan dibenarkan memasuki premis.

Proton buka semula bilik pameran di Selangor, KL, Negeri Sembilan dan Perlis – patuhi SOP, tiada walk-in

Pelanggan dikehendaki menunjukkan sijil vaksin digital sebagai bukti status vaksinasi, paparan status terkini di aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR untuk daftar masuk ke dalam premis dan memeriksa suhu badan.

Selain itu, demi keselamatan semua pihak, para pelanggan dan kakitangan cawangan jualan Proton dikehendaki sentiasa memakai dua pelitup muka dan mengekalkan penjarakkan sosial. Bukan itu sahaja, pelanggan yang berhajat untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton perlukan membuat temujanji terlebih dahulu kerana kunjungan secara walk-in tidak dibenarkan.

Manakala untuk pusat servis pula, semua SOP sedia ada masih dikekalkan. Hanya temujanji sahaja yang akan dilayan, dan tempahan untuk slot temujanji boleh dilakukan menerusi aplikasi MyProton, atau pun secara dalam talian di laman web Proton atau menghubungi mana-mana cawangan atau wakil pengedar terdekat. Untuk informasi lanjut, anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-88-8398.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required