Teksi terbang Ehang 216 bakal diuji di Bali, Indonesia Oktober ini – bakal boleh digunakan mulai 2022

Teksi terbang Ehang 216 bakal diuji di Bali, Indonesia Oktober ini – bakal boleh digunakan mulai 2022

Awal April lalu, syarikat pengimport kereta Indonesia, Prestige Image Motorcars telah mengumumkan bakal membawa masuk EHang 216, dron penumpang yang dibangunkan oleh Guangzhou EHang Intelligent Technology Co yang berkeupayaan dijadikan teksi terbang.

Baru-baru ini, syarikat tersebut mendedahkan unit pertama EHang 216 akan tiba di Indonesia dan akan menjalani ujian penerbangan di Bali pada Oktober ini, selepas permit dan kebenaran diperoleh. Bali dipilih kerana ia adalah destinasi pelancongan popular dan teksi terbang dilihat mampu meningkatkan lagi jumlah aktiviti pelancongan di sana. Rudy Halim, pengarah presiden Prestige Image Motorcars memberitahu CNBC Indonesia, syarikatnya mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan teksi terbang kepada umum pada tahun hadapan, tambahnya lagi sudah ada beberapa permintaan untuk teksi terbang EHang ini

Menurut laman produk, EHang 216 mempunyai dua tempat duduk,dan kereta terbang semua elektrik ini berkeupayaan membawa kapasiti muatan sehingga 220 kg. Ia memiliki lapan arms, dengan setiap satunya dipasang dua motor elektrik yang disambungkan ke propellers, membolehkannya dipacu dalam kelajuan 130 km/j, sementera bateri onboard pula mampu menyalurkan jarak pemanduan sekitar 35 km.

Teksi terbang Ehang 216 bakal diuji di Bali, Indonesia Oktober ini – bakal boleh digunakan mulai 2022

Juruterbang tidak diperlukan kerana kenderaan ini boleh diterbangkan secara sendiri, walau pun masih kena pemantauan dan boleh juga dioperasikan dari pusat kawalan dan arahan.EHang 216 ini bersaiz kecil (selebar 5.61 meter dan setinggi 1.77 meter) dan berkeupayaan pelepasan dan pendaratan menegak (vertical take-off and landing atau VTOL) yang bermakna ia tidak memerlukan ruang yang banyak untuk beroperasi. capability also means it doesn’t require a lot of space to operate.

Sebelum ini, EHang 216 pernah dikatakan bakal menjadi prototaip kenderaan terbang Malaysia yang pertama, Super Dron. Perancangan asalnya, ia sepatutnya diuji pada November 2021, tetapi sesi tersebut dibatalkan kerana kenderaan terbabit tidak mendapat kebenaran untuk terbang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Tidak seperti di Indonesia, Super Dron akan digunakan untuk aplikasi seperti pemantauan di sempadan oleh pihak berkuasa dan juga sebagai kereta bantuan kecemasan dan bukannya sebagai pengangkutan awam. Buat masa ini, status projek berkenaan masih tidak diketahui, walaupun AirAsia nampaknya berusaha keras untuk menjadikan teksi terbang boleh direalisasikan d Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required