Bekas pengarah rekaan Bentley, Stefan Sielaff kini di Geely Auto Group sebagai naib presiden rekaan global

Bekas pengarah rekaan Bentley, Stefan Sielaff kini di Geely Auto Group sebagai naib presiden rekaan global

Selepas meletakkan jawatannya sebagai pengarah rekaan di Bentley Januari lalu, kini secara rasminya Stefan Sielaff dilantik sebagai naib presiden rekaan global di Geely Auto Group. Beliau menggantikan tempat Peter Horbury yang kini bertugas sebagai naib presiden senior rekaan untuk Group Lotus.

Sebelum ini Sielaff turut pernah bertugas dengan jenama lain seperti Audi, Mercedes-Benz dan Volkswagen Group. Untuk jawatan baharunya ini, beliau akan bertugas di pejabatnya yang terletak di Gotehnburg, Sweden dan akan memantau rekaan-rekaan jenama di bawah kumpulan automotif berkenaan termasuk Geely Auto, Lynk & Co, Geometry, Zeekr dan pelbagai lagi.

Juga seperti Horbury, Sielaff turut berhubung dengan jaringan studio-studio rekaan Geely di seluruh dunia, termasuk di Shanghai, China; Gothenburg, Sweden; Barcelona, Spain; California, USA; Kuala Lumpur, Malaysia dan Coventry, England.

“Kami sangat menghargai sumbangan dan dedikasi Peter Horbury kepada Geely untuk dekad lalu. Peter mengetuai salah satu pasukan global yang paling kreatif dalam industri automotif dan membantu Geely bagi mentakrifkan semula imej jenamanya di peringkat global,” kata presiden Geely Holding Group dan CEO Zeekr Technology, An Chonghui.

“Dalam masa yang sama, kami turut mengalu-alukan ketibaan Stefan Sielaff ke keluarga Geely, kami percaya dengan pengalamannya dalam rekaan selama bertahun-tahun akan terus menambahbaik portfolio Geely Auto Group dengan sasaran utama bagi memberikan produk terbaik buat pelanggan,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required