BMW i Vision Circular curi tumpuan di Munich — EV dari bahan kitar semula sepenuhnya untuk tahun 2040

BMW i Vision Circular curi tumpuan di Munich — EV dari bahan kitar semula sepenuhnya untuk tahun 2040

Dalam pameran Munich Motor Show yang sedang berlangsung ketika ini, BMW menarik perhatian dunia kepada masa depan; syarikat itu meneroka konsep kemapanan dan ekonomi sirkular melalui produk utama yang dipamerkan, dikenali sebagai BMW i Vision Circular — sebuah kereta kompak yang direka untuk tahun 2040.

Mengeluarkan kenderaan elektrik sifar emisi memang baik, tetapi neutraliti karbon sebenarnya lebih daripada itu. Selain menggunakan tenaga diperbaharui di kilang-kilangnya, syarikat itu juga melihat kepada peningkatan penggunaan material sekunder kitar semula — bahan seperti ini dijangka ditingkatkan penggunaannya dalam kereta BMW daripada 30% kepada 50% dalam masa terdekat.

BMW i Vision Concept ini pergi lebih jauh daripada itu. Matlamatnya adalah untuk membangunkan kereta yang diperbuat daripada 100% bahan kitar semula dan 100% boleh dikitar semula juga. Ini boleh dicapai dengan penggunaan bahan mentah berasaskan bio yang bertauliah serta material sekunder yang dimaksudkan, di mana bateri solid-state juga boleh dikitar semula di penghujung hayatnya serta menggunakan kurang sumber baru.

BMW i Vision Circular curi tumpuan di Munich — EV dari bahan kitar semula sepenuhnya untuk tahun 2040

Untuk itu, BMW memikirkan semula keseluruhan proses rekaan keretanya, disusun berdasarkan empat prinsip ini — Re:think, Re:duce, Re:use dan Re:cycle. Hatchback unik ini menggunakan konsep berkenaan untuk rekaannya, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan sentuhan penggayaan biasa BMW. Misalnya seperti gril “kidney” dan lampu empat visual utama di sini telah digabungkan menjadi sebuah elemen grafik tunggal, dengan kemasan krom seperti selalu.

Selain itu, saluran dalam di tengah bonet (yang menempatkan sensor bantuan pemandu dan boleh dicabut dengan mudah) menampilkan logo BMW yang tertanam pada permukaan aluminum, sementara lencana bagi model ini menggunakan teknik laser. Kedua-dua elemen ini menghapuskan keperluan terhadap penggunaan enamel berbeza dan lencana krom. Jauh di bawah, spoiler daripada plastiknya menempatkan corak marmar.

Di sisi, Vision Circular ini menampilkan profil tunggal dengan permukaan yang bersih, dengan proporsi yang lebih besar di depan yang memberikan estetika dinamik yang lebih kepada kereta ini. Ini diperkemas lagi dengan rodanya, dengan lengkung tayar lebar untuk memberikan ketegapan kukuh pada imejnya. Di belakang, pintu dengan cermin gelap dengan lampu yang bersepadu dengannya menjadi elemen utama, ada juga sirip antena di tengah, serta bampar plastik kitar semula diberikan. Permukaan luar kebanyakannya diperbuat daripada aluminium kitar semula dan diberikan lapisan cat untuk kemudian disudahi kemasan emas anodised.

BMW i Vision Circular curi tumpuan di Munich — EV dari bahan kitar semula sepenuhnya untuk tahun 2040

Tayarnya pula diperbuat daripada getah asli dengan disertakan getah kitar semula berwarna yang memberi kesan yang menarik. Roda aerodinamik yang direka untuk meminimumkan penggunaan material berkenaan dibalut dengan penyejuk brek yang kosong di tengahnya.

Di dalam pula menggunakan bahan mentah serta teknik sambungan yang tidak menggunakan gam — meringkaskan lagi proses peleraian dan pengumpulan komponennya. Alatan dan material semuanya menggunakan teknik cetakan 3D untuk meminimumkan pembaziran. Kabin telah direka untuk menjadi ringan dan luas. Maklumat pula dipancarkan ke bahagian bawah cermin depan, dalam kelebaran penuh. Pemandu boleh menentukan head-up display berkenaan melalui papan sentuh yang terletak di stereng. “Shy Tech” yang pertama kali dilihat pada SUV iX turut ditampilkan pada Vision Circular ini.

Diilhamkan oleh perabot moden, kerusinya menampilkan bingkai aluminium anodised, dengan kerangka kerusi dan fabriknya diperbuat daripada plastik kitar semula. Turut membantu mencerahkan ruang kabin ialah bumbung kaca besar yang ada padanya. Pencahayaan Hofmeister turut diulang di dalam, dan menempatkan suis tingkap, pembuka pintu dan kawalan penghadang sinar pada bumbung.

BMW i Vision Circular curi tumpuan di Munich — EV dari bahan kitar semula sepenuhnya untuk tahun 2040

Konsep sirkular tidak hanya diaplikasikan kepada bahannya — Vision Circular turut menampilkan kemampuan pengecasan dua aliran, membolehkannya menghantar semula tenaga untuk menampung keperluan kuasanya. Kereta ini juga akan memuat naik data dari sensornya ke cloud, membolehkan komunikasi vehicle-to-everything (V2X) yang menyediakan maklumat lalulintas yang lebih tepat dan cekap.

Tentang pemanduan, Vision Circular ini menggunakan bunyi yang dihasilkan oleh komposer terkenal Hans Zimmer dan pereka bunyi BMW, Renzo Vitale. Mereka bereksperimen dengan elemen sample dan loop bunyian dari luaran dan dalaman kereta, menghasilkan spektrum baru bunyi yang diinspirasikan oleh Vision Circular sendiri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required