Polis awasi penunggang motosikal termasuk e-hailing; langgar isyarat merah antara aksi taruh nyawa

Polis awasi penunggang motosikal termasuk e-hailing; langgar isyarat merah antara aksi taruh nyawa

Memecut laju dan melanggar lampu isyarat merah antara aksi lagak berani yang acapkali dilakukan oleh penunggang motosikal. Aksi sebegini boleh dilihat saban hari di mana-mana sahaja. Malahan ramai penunggang e-hailing juga gemar melakukan aksi tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mendedahkan sikap aksi berani tersebut dikesan dilakukan oleh berpuluh penunggang motosikal yang sengaja melanggar undang-undang jalan raya di sekitar Putrajaya.

Katanya, melalui Op Khas Pemandu E-Hailing Bersepadu yang dilaksanakan sejak minggu lalu, sebanyak 30 saman trafik dikeluarkan pihaknya membabitkan tindakan melanggar lampu isyarat merah di pusat pentadbiran negara itu, laporan Harian Metro.

“Sepatutnya penunggang motosikal perlu berhenti ketika lampu isyarat merah. Mereka tidak sewajarnya melanggar lampu merah untuk mengejar masa atau demi kepentingan diri sendiri hingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Sebanyak enam saman trafik dikenakan terhadap pemandu e-hailing dan selebihnya kepada orang awam membabitkan pelbagai kesalahan.Polis turut menahan dua lelaki yang didapati positif dadah syabu manakala seorang lagi positif mengambil ganja,” katanya.

Menurutnya, operasi Op Khas Pemandu E-Hailing Bersepadu itu diadakan dengan kerjasama Bahagian Narkotik IPD Putrajaya. Tambahnya, operasi berkenaan akan diteruskan dan pemandu e-hailing diberi peringatan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required