Peraturan cermin gelap untuk bas juga ada — 70% VLT untuk cermin depan, belakang dan sisi berpenumpang

Peraturan cermin gelap untuk bas juga ada — 70% VLT untuk cermin depan, belakang dan sisi berpenumpang

Biasanya, kita hanya kerap dimaklumkan tentang peraturan Paratusan Ketelusan Cahaya (VLT) atau cermin gelap untuk kenderaan penumpang sahaja. Dalam hal ini, kali terakhir peraturannya dikemaskini adalah melalui pindaan yang berkuatkuasa 8 Mei 2019.

Ketika itu, ketelusan cahaya tampak untuk cermin depan (windscreen) kekal seperti peraturan sebelumnya dengan kadar 70%, manakala cermin sisi depan juga kekal dengan 50% kadar ketelusannya. Apa yang dipinda ketika itu ialah ketelusan untuk cermin bahagian belakang kenderaan, yang tidak diletakkan sebarang had bagi ketelusan cahaya (boleh gelap sepenuhnya) dengan syarat kenderaan terbabit mempunyai cermin sisi.

Tapi, tahu tak bahawa peraturan VLT ini juga ada dikenakan untuk bas dan bukan hanya untuk kenderaan penumpang? Peraturan yang sebetulnya juga hampir sama, dengan semua cermin depan, belakang dan sisi sesebuah bas perlu memeliki kadar ketelusan cahaya sebanyak 70%. Cuma, untuk cermin utama di depan, 20% daripada bahagian paling atasnya dibenarkan untuk digelapkan sepenuhnya, ini mungkin bagi mengelak silau kerana saiz cerminnya yang besar.

Namun ada beberapa bahagian lain pada bas yang dibenarkan untuk dipasang dengan cermin gelap. Pertama, pada bahagian panel antara pemandu dan penumpang. Kedua, untuk bas dua tingkat, sekiranya bahagian bawah tidak menempat penumpang, maka cermin tersebut boleh digelapkan sepenuhnya.

Jadi, jangan ingat hanya kenderaan penumpang sahaja yang dikenakan peraturan VLT ini dan boleh dikenakan tindakan sekiranya ada perlanggaran undang-undang berlaku. Pengusaha bas juga sepatutnya ambil maklum tentang perkara ini, dan bas mereka juga boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan cermin gelap ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required