Sistem AWAS masih beroperasi, kutipan kompaun dari 1 Sep 2018-30 Sep 2021 cecah lebih RM9 juta – MOT

Sistem AWAS masih beroperasi, kutipan kompaun dari 1 Sep 2018-30 Sep 2021 cecah lebih RM9 juta – MOT

Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih beroperasi dan dikuat kuasa berpandukan kaedah dan garis panduan operasi standard yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong, sebanyak lebih RM9 juta telah dikutip hasil pembayaran kompaun atau denda AWAS sejak 1 Sep 2018 hingga 30 Sep 2021.

“Pengoperasian AWAS adalah bagi mematuhi objektif utama pelaksanaan sistem ini untuk mengubah minda serta memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai untuk patuhi peraturan jalan raya demi menjaga tahap keselamatan dan kebajikan semua pengguna jalan raya.

“Mulai 1 September 2018, semua aspek pengoperasian, penyelenggaraan, pembangunan dan penguatkuasaan AWAS diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan melalui JPJ,” katanya menerusi laporan Bernama.

Tambahnya, pada 2018 sebanyak 84,116 saman dikeluarkan membabitkan 77,233 saman berkaitan kesalahan had laju, manakala 6,883 saman membabitkan kesalahan lampu isyarat.

“(Bagaimanapun) kadar penyelesaian (bagi semua saman terbabit) agak kurang iaitu di bawah kesalahan had laju hanya 10,604 (saman) yang diselesaikan manakala bagi kesalahan lampu isyarat hanya 1,703 (saman),” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required