JPJ beri ‘peringatan mesra’: jangan tunggu saat akhir sebelum 31 Dis untuk perbaharui cukai jalan & lesen

JPJ beri ‘peringatan mesra’: jangan tunggu saat akhir sebelum 31 Dis untuk perbaharui cukai jalan & lesen

Selepas memberikan penangguhan lagi sehingga 31 Disember ini bagi memperbahrui cukai jalan dan juga lesen memandu untuk mereka yang masih berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memberikan ‘peringatan mesra’ kepada pengguna jalan raya yang belum melunaskan tanggungjawab berkenaan.

JPJ turut memberitahu, bagi memudahkan urusan pembaharuan LKM & LMM, Kaunter Pejabat JPJ (kecuali UTC) di seluruh Malaysia telah beroperasi waktu rehat (jam 1.00 – 2.00 Petang). Waktu pengoperasian kaunter juga akan ditamatkan lewat 1 jam berbanding waktu pengoperasian biasa (sehingga jam 5.00 petang).

JPJ beri ‘peringatan mesra’: jangan tunggu saat akhir sebelum 31 Dis untuk perbaharui cukai jalan & lesen

Malah, bermula 26 November 2021, beberapa lokasi terpilih Kaunter Pejabat JPJ juga akan beroperasi pada hujung minggu. JPJ turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan saluran perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak JPJ seperti Kiosk JPJ, Kaunter Mobile JPJ, dan Pembaharuan LKM di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara, di mana urusniaga pembaharuan LKM ini adalah melibatkan kenderaan persendirian (kecuali kenderaan e-hailing) dan kenderaan decontrolled.

“Orang ramai juga diharapkan agar dapat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, dan MyEG,” kata JPJ lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required