Modenas mengumumkan bahawa mereka kini menerima Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan bantuan mangsa banjir, sebagai satu bentuk pembayaran, sehingga RM1,000. Ia sah sehingga 31 Mac 2022, iaitu tempoh yang sama seperti pada baucar tersebut.
Baucar ini boleh digunakan sama ada untuk servis dan baik pulih – yang sekarang diberikan diskaun tambahan 25% untuk semua kos buruh dan alat ganti – atau bayaran pendahuluan untuk motosikal baru. Semua ini bagaimanapun tertakluk kepada syarat.
“Kami semua di MODENAS berusaha sedaya upaya menyokong usaha murni seperti ini. Dengan sedikit usaha ini, kami berharap agar mangsa dapat bangkit untuk mendapatkan semula apa yang telah hilang dan yang paling penting untuk meneruskan kehidupan mereka untuk menyara keluarga,” kata ketua pegawai eksekutif Modenas, Roslan Roskan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.