Lexus Electrified Sedan — gambar tambahan ditunjuk

Lexus Electrified Sedan — gambar tambahan ditunjuk

Pertama kali didedahkan sebagai sebahagian daripada pameran kereta elektrik keseluruhan Toyota hujung tahun lalu, Lexus kini menunjukkan lebih banyak perkara berkaitan model Electrified Sedan Concept — kini dengan bahagian sisi dan belakang turut ditunjukkan.

Daripada namanya, model ini akan menjadi model sedan yang dikuasakan bateri pertama bagi Lexus, dan disebabkan itu ia tidak mempunyai ekzos di belakang. Rekaan lampu belakang pula ada mirip rekaan pada model lain Lexus sebelum ini, seperti LC. Rekabentuk fastback-nya juga menjadikan lengkungnya disambung hingga ke spoiler.

Dari sisi, Electrified Sedan Concept mempunyai satu garis yang melintang hingga ke belakang, dari corong udara berdekatan roda hingga ke tiang C — mewarisi sedikit sebanyak kemiripan sentuhan pada IS sedan.

Ini diikuti pendedahan gambar tambahan bagi Lexus Electrified SUV Concept, dan wajah depan versi sedannya kelihatan berbeza daripada SUV konsep berkenaan. Versi SUV menggunakan rekaan spindle grille EV, manakala versi sedan hadir dengan rekaan bukaan udara yang lebih besar di tepi dan bahagian bawahnya.

Lampu utama dan lampu kabus pula diletakkan agak dalam di bahagian bukaan tersebut. Rekaan begini pernah diterapkan pada model konsep kereta sport elektrik yang ditunjuk ketika pameran Toyota EV sebelum ini, dan menjadi rekaan yang membezakan antara kereta sport dan sedan dengan SUV.

Sama seperti Electrified SUV Concept, Lexus belum lagi mendedahkan tarik khusus bagi versi produksi versi sedan ini akan tersedia. Merujuk kepada pelan pengeluaran EV syarikat itu, mereka aan memperkenalkan barisan kenderaan elektrik yang komprehensif di Amerika Utara, Eropah dan China menjelang 2030, diikuti dengan perluasan ke pasaran lain dunia menjelang 2035.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required