Op Selamat 17/22 – Catat 11,325 kes kemalangan, turun 26%; 308,726 saman dikeluarkan – KPN

Op Selamat 17/22 – Catat 11,325 kes kemalangan, turun 26%; 308,726 saman dikeluarkan – KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 17/2022 sempena perayaan Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari himgga 6 Februari lalu, sejumlah 11,325 kes kemalangan telah dicatatkan. Namun ia menunjukkan penurunan sebanyak 26% berbanding 15,382 kes kemalangan menerusi Op Selamat 16/2020.

Katanya lagi, kemalangan maut pula merekodkan sebanyak 108 kes menerusi Op Selamat tahun ini, berbanding 133 kes sama pada Op Selamat 16/2020 yang menunjukkan penurunan 25 kes atau 19%, laporan Bernama.

“Jumlah kematian direkodkan sebanyak 119 dan 149 kes masing-masing pada Op Selamat tahun ini dan 2020, menunjukkan penurunan sebanyak 20 kes atau 20%.

“Penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi penyumbang utama kes kematian direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini dengan 82 kematian berbanding operasi sama pada 2020 iaitu 97 kematian membabitkan individu berkenaan yang menunjukkan penurunan 15 kematian atau 15%,” katanya.

Op Selamat 17/22 – Catat 11,325 kes kemalangan, turun 26%; 308,726 saman dikeluarkan – KPN

Dalam masa yang sama, katanya, polis turut mengeluarkan sejumlah 308,726 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang 10 hari pelaksanaan Op Selamat 17/22, berbanding 271,168 saman sepanjang Op Selamat 16/2020. Di mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 37,558 saman atau 14% dalam operasi berkenaan.

“Polis juga berjaya menjalankan beberapa siri tangkapan terutama dalam Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk yang menjadi kegusaran masyarakat ketika ini.

“Beberapa operasi dijalankan dan seramai 351 orang berjaya ditangkap menerusi Op Samseng Jalanan dengan 37 individu didapati positif dadah, manakala seramai 204 orang ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Op Selamat 17/22 – Catat 11,325 kes kemalangan, turun 26%; 308,726 saman dikeluarkan – KPN

Selain itu, Acryl Sani berkata, Polis Negeri Sembilan memenangi Anugerah Kontinjen Terbaik di atas pencapaian memberangsangkan sepanjang Op Selamat 17/2022. Manakala Polis Sarawak dan Kedah masing-masing di tempat kedua serta ketiga.

Untuk peringkat daerah pula, Polis Hulu Terengganu mengungguli tempat pertama, diikuti Polis Daerah Bentong di tempat kedua disusuli Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ketiga.

“Kelancaran Op Selamat 17/2022 ini adalah kejayaan bersama semua pihak yang terbabit secara langsung dan sebaliknya. Tahniah dan syabas juga kepada semua petugas polis bagi Op Selamat ini termasuk elemen bantuan seperti Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta pengguna jalan raya yang berjaya mematuhi peraturan serta undang-undang lalu lintas,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required