Suzuki GSX-S150 – harga awal didedah, sekitar RM10k

Suzuki GSX-S150 – harga awal didedah, sekitar RM10k

Selepas membuka pendaftaran minat semalam, hari ini Suzuki Malaysia mendedahkan harga awal untuk model naked GSX-S150, iaitu RM10,xxx. Harga ini dapat dilihat melalui teaser terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat itu di dalam media sosial.

Meskipun harga sebenar masih belum didedah, kita sudah boleh mendapat idea bahawa model naked ini akan dijual pada harga sekitar RM1k lebih rendah berbanding GSX-R150 yang merupakan sebuah model sports fairing penuh. Kedua-dua model ini akan dipasang di kilang Suzuki Malaysia di Glenmarie, Shah Alam.

GSX-S150 adalah sebuah model naked yang menggunakan enjin satu silinder penyejukan cecair DOHC 147.3 cc, bersama padanan kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 19 hp pada 10,500 rpm dan 14 Nm tork pada 9,000 rpm. Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) dan menggunakan nisbah mampatan 11.5:1.

Suzuki GSX-S150 – harga awal didedah, sekitar RM10k

Berat keseluruhan motosikal ini adalah 130 kg, dan kelengkapan lain yang terdapat padanya adalah termasuk brek cakera depan dan belakang, fork teleskopik, monoshock di belakang, panel instrumen digital LCD, tangki bahan api 11 liter dan lampu jenis LED.

Daripada pengumuman harga awal ini juga kita boleh menyaksikan bahawa GSX-S150 akan dijual pada harga lebih rendah berbanding pesaing terusnya iaitu Yamaha MT-15 (RM11,988). Walaubagaimanapun, model Yamaha tersebut memiliki lebih banyak kelebihan, seperti fork USD di hadapan, klac jenis slip & assist serta tayar lebih lebar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required